Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, October 19, 2008

UKHTI oh UKHTI...


Buat segenap remaja puteri yang bergelar muslimah yakni mereka yang mengimani Allah dan hari akhirat. Ini adalah peringatan bagi kamu. Perhatikanlah dengan segenap jiwa dan berfikirlah.

Wahai wanita yang mengimani Allah sebgai rabbnya , islam sebagai Dinnya dan Muhammad sebagai nabi dan rasulnya. Pernahkah kamu mendengar seruan Allah kepada kamu yang berbunyi :

“ Wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk pada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Surah Al-ahzab: 32

Dan ingatlah wahai sahabat muslimat sekalian,

“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan- apabila Allah dan rasulnya telah menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Surah Al-ahzab: 36

Wahai ukhti bacalah dan jangan terpedaya. Berfikirlah akan peringatan yang Allah turunkan kepada kamu. Berhati-hatilah kamu akan era modenisasi yang mana kehinaan telah mengatasi keutamaan. Janganlah kamu terpedaya dengan pengaruh ‘dajjal’ dan syaitan yang sedikit demi sedikit membawa kamu kepada jurang kebinasaan. Berhati-hatilah terhadap sebarang anasir yang membawa kamu kepada arah bertabarruj dan apa yang ana khuatiri ialah yang membawa kamu kepada membuka aurat. Sedarlah kamu akan serangan si syaitan dan ‘dajjal’ yang bersembunyi di bawah nama PERADABAN, MODENISASI, GLOBALISASI DAN KEBEBASAN HAK ASASI. Berfikirlah kamu dan tetaplah kamu berpegang akan Al-quran dan sunnah yang merupakan panduan utama kita yang bergelar muslim. Wahai puteri islam, tetapkanlah pendirian kamu, tetapkanlah pegangan kamu tentang apa yang diterangkan kepada kamu. Janganlah kamu keluar rumah menunjukkan perhiasan kamu, berjalan lenggang-lenggok, sanggul kepala kamu bagaikan bonggol unta dan meletupkan nafsu si kaum adam. Ini semua hanya membahayakan diri kamu sendiri. Allah berfirman,

“ Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”

Surah Al-an’am: 116

Maka wahai saudariku tetapkanlah pendirian kamu tentang apa yang telah diterangkan kepada kamu dalam Al-Quran. Akhir sekali janganlah kamu malu bertaqwa dan berbusana iman (menutup aurat). Janganlah kamu pedulikan celaan mereka yang masih jahil. Allah telah berfirman,


“ Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan
orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri(mencemuhnya).”

Surah Al-Muthafifin: 29-30

sekian wahai ukhti @ mereka2 yang membaca penulisan ana ini moga kita semua diberi taufiq dan sedar akan hakikat kehidupan ini yang merupakan permainan semata-mata. Kita hanya singgah sebentar sahaja di bumi fana ini. Kita akan kembali padaNya dan ini merupakan sesuatu yang pasti. Maka angkatlah kembali kemuliaan kamu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Jika ada silap tolong komen. Ada masalah @ silap sila perbetulkan. Sungguh Allah lebih mengetahui. Wassalam

nukilan sahabatku:DEATH
-aisyah_hanin-

No comments: