Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, October 19, 2008

BERGURAU??MENGUMPAT??

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan.
Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauansebagai 'al-mizah'.
Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia."

(Hidayatus Salikin:170).


Menurut Imam al-Ghazali, bergu rau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.
Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati.
Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah yangbermaksud;
"Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkanke dalam neraka selama 70 tahun."
Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata
untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata- kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang.
Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu,
mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta.
Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu.
Pada hakikatnya malu senjata orang beriman.
Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalamperkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain.Rasulullah bersabda bermaksud;
"Malu adalah cabang daripada iman."
Dalam sabda lain, baginda menyatakan;
"Malu dan iman seganding“
Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya."
Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya
maka hilang jugalah imannya.
Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan.
Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian.
Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam.
Firman Allah bermaksud;
"Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubun gan antara kedua-duanya."


(al-Hujurat: 11).

Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara .

No comments: