Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Wednesday, December 23, 2009

PERCAYA untuk BERJAYA



Assalamualaikum


Salam perjuangan kepada semua mahasisiwa dan mahasiswi UMK terutamanya pada rakan jawatankuasa teman dan fan club JT. Selamat menyambut tahun baru 2010 dan selamat menjalani semester baru. Semoga awal tahun baru ini menjadi detik anjakan paradigma kearah yang lebih baik seperti mana Saidina Umar R.A pernah berpesan :


"Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini."


Di gerbang tahun baru ini, marilah kita menekadkan azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan iman dan taqwa, memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam, memperbaiki akhlak serta membina sahsiah diri, agar semua aspek kehidupan kita semakin baik dari semasa ke semasa. Yang pasti setiap daripada kita tidak patut mensia-siakan masa yang ada. Laksanakanlah segala perintah Allah, jauhi segala laranganNya, elakkan daripada melakukan perbuatan mungkar dan maksiat. Kehidupan ini perlulah di teruskan untuk mencipta kejayaan, bukan mencipta kegagalan. Semoga pada tahun baru nanti, kita hidup dengan aman, cemerlang, gemilang dan terbilang samada di dunia dan di akhirat.


Sekali lagi diingatkan, bahawa setiap masa yang kita lalui di dunia ini pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Renungkanlah kata-kata hikmah Imam Hassan Al-Basri yang bermaksud :


"Hai anak cucu Adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan dari hari-harimu, maka setiap kali hari itu berlalu, maka berlalu juga sebahagiannya."


Para Hukama' juga ada berkata :


"Masa itu terbahagi kepada tiga, masa yang telah lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang. Orang yang bijaksana akan menjadikan masa yang telah lalu sebagai kenangan, masa yang sedang dilalui adalah kenyataan dan masa yang akan datang adalah cita-cita."

(An-Nisaa':138-139)


Sebagai tinggal sementara ini saya ingin berkongsi bersama saudara, video yang disalin dan tampal dari rakaman TV3 diatas. Semoga ia akan memberi keyakinan kepada kita untuk berjaya

Sumber: Saifulislam.com

Semoga bermanfaat... (^_~)

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431: Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum warahmatullah...



Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua umat Islam khususnya kepada muslimin dan muslimat warga UMK. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini membawa semangat hijrah ingin perubahan yang lebih baik dalam diri kita semua sepanjang tahun 1431 hijrah dan seterusnya kelak. Dari pihak jawatankuasa teman, kami memohon maaf atas kelemahan kami memainkan peranan dalam organisasi ini, dan kami berharap akan memberi kerjasama yang lebih baik berbanding tahun terdahulu sebagai peneraju pembentukan biah solehah kearah mewujudkan warga UMKyang berkarisma, berkualiti, dan berintegriti.


Seperti tahun-tahun terdahulu sambutan Maal Hijrah disambut pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengajak kita memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w secara terbuka dengan perpindahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah bersama para sahabat r.a serta kaum muhajirin dan membentuk kota Islam pertama iaitu Madinah Al-Munawarrah. Daripada peristiwa hijrah tersebut telah membawa impak yang besar kepada penyebaran agama Islam sehingga ke hari ini.


Namun hijrah dalam konteks Islam bukan sahaja memberi makna sejarah malahan dari aspek rohani hijrah membawa maksud perubahan dari sesuatu perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Antara tujuan kita berhijrah adalah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Sedar atau tidak telah banyak kesilapan dan perkara mungkar yang telah kita lakukan sepanjang tahun-tahun lepas. Dikesempatan ini saya ingin mengajak saudara saudari berfikir sejenak dan bermuhasabah diri apa pengajaran dan kenikmatan yang kita perolehi sepanjang tahun lepas. Justeru itu perkuatkanlah iman kita dengan amal ibadat serta bertaubat dan berazamlah untuk menjadi umat yang terbaik di-sisiNya. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka. Seterusnya berusahalah mengubah diri dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."


Akhir kata, semoga tahun 1431 hijrah ini akan memberikan manfaat kepada kita dalam usaha menanam kebaikan didunia untuk hari akhirat kelak, InsyaAllah. Di samping itu bermohonlah kepada Allah supaya perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.