Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik, pejam celik akhirnya kita kembali menjalani bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun 1430. Kesempatan ini JT-UnIPeN ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak keapda semua warga UMK khususnya kepada semua muslimin dan muslimat di dunia amnya. Marilah bersama kita tingkatkan amal ibadat di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Moga pada bulan ini kita mendapat rahmat dan maghfirahNya.

Sabda Rasulullah saw:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Perlu diingat, betulkan juga konsep mentaliti Ramadhan. Ramadhan bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga tetapi untuk menahan diri dari perkara-perkara yang sia-sia yang boleh mendatangkan dosa.

Sabda Rasulullah saw: "Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya ia juga harus tertahan dari perkara lagha dan lucah. Apabila kamu dimaki atau diperbodohkan, berkatalah AKU BERPUASA" (riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)

Dengan ini, saya linkkan dua article daripada penulis favorite, ABUSAIF (Ustaz Hasrizal) bagi menyuntik semangat untuk memperbanyakkan amalan menjelang kedatangan Ramadhan kali ini.

1) Soalnya di mana Ramadhan Kamu?
2) Ramadhan dan Karakter Dakwah

Akhir kata, selamat mengaut keuntungan pahala di bulan Ramadhan al Mubarak. Anda dialu-alukan untuk mengikuti program-program anjutan UnIPeN dan JT-UnIPeN sepanjang Ramadhan ini.