Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, March 27, 2011

Ceramah Bersempena Munajat Perdana



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

InsyaAllah sempena Munajat Perdana, Unit Islam & Pembangunan Nilai (UnIPeN) akan mengadakan ceramah motivasi sempena Munajat Perdana untuk semester 2/2011. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Penceramah: Y.Bhg.Al-Fadhil Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Tarikh: 31 / 3/2011 (Khamis)


Masa: 7.30-9.00 malam


Tempat: Surau UMK, Taman Bendahara


Anjuran: Unit Islam & Pembangunan Nilai (UnIPeN)

Jabatan Canselori


Thursday, March 24, 2011

Anda Bijak Jauhi Zina


Sekitar Forum Kami Prihatin :"apakah dosaku"
Zina bermula dari...
  • Nazrah (memandang)
  • Ibtisam (senyum)
  • Salam
  • Faqalamun (cakap)
  • Famau'idun (janji)
  • Faliqa'un (jumpa)
:>: bermula dari pandangan, senyuman, lalu salam...lantas berbual-bual dan membuat janji...akhirnya bertemu....:<:

Sahabat kita akan mencerminkan siapa diri kita, oleh itu sebaik-baiknya carilah sahabat yang Mutadayyin (beragama)

6 perkara apabila kita praktikkan, InsyaAllah kita akan terhindar dari Zina:
  1. menundukkan pandangan
  2. menutup aurat
  3. menjaga hijab antara lelaki dan perempuan
  4. tidak duduk berdua-duaan
  5. tidak melunakkan suara apabila bercakap dengan kaum lelaki
  6. tidak menyentuh kaum berlawanan jenis
" Changing the Face, Can Change Nothing..But Facing the Change, Can Change Everything"

Tuesday, March 22, 2011

"Apakah Dosaku" : Forum Kami Prihatin


Forum Kami Prihatin

“Apakah Dosaku”

Tarikh: 24 Mac 2011

Waktu: 8.30-11.00 Malam

Tempat: Dewan TerbukaKeusahawanan Universiti Malaysia Kelantan

Penceramah Jemputan:

· Ustaz Haji Suratemi Bin Mat Yusoff

· Ustaz Saibon Ismail

Anjuran:

Jawatankuasa Teman (Jt), Pembimbing Rakan Siswa (Prs), Kelab Debat & Pidato

Wednesday, March 16, 2011

18 & 19 Mac 2011


Assalamualaikum,

Pada hujung minggu ini akan diadakan Kursus Pra Perkahwinan yang bertempat di DK 11&12. Kepada mereka yang telah mendaftarkan diri, membayar yuran sebanyak Rm 30 dan telah menghadirkan diri ke Seminar Pemahaman Undang-undang Jenayah Syariah dan Kursus Pengurusan Jenazah yang telah berlangsung pada 11 dan 12 Mac 2011 diharap dapat menghadirkan diri pada Kursus Pra Perkahwinan yang bakal dijalankan pada hujung minggu ini, InsyaAllah.


Friday, March 11, 2011

Empat Perkara: Waspadalah

Ada empat perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak:



1. Tidak suka terhadap qadha’ dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.
2. Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat:

…katakanlah : “Hal itu adalah akibat sikap dari kalian…” (Ali-‘Imran:165 )
…semua itu akibat sikap perbuatan kalian… (Asy-Syura: 30 )

3. Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri hati terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang:

Apakah mereka irihati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah… (An-Nisa’ : 54)
Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka men-dengki.”

4. Berpaling dari peringatan Allah.

…maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Thaha: 24)




* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*

Ilmu Adalah Petunjuk dan Ubat

Ibnu Hazm dalam kitabnya, Mudaawatun Nufuus mengatakan bahawa termasuk faedah ilmu adalah menghilangkan keraguan dalam diri manusia dan mengusir kesedihan, kesusahan, dan kecemasan. Ungkapan ini benar adanya, khususnya bagi orang yang mencintai ilmu, menekuninya, mencarinya dan mengamalkannya, dan bagi orang yang benar-benar dapat merasakan manfaat dan faedahnya. Seorang penuntut ilmu sebaiknya membahagi waktunya, iaitu ada waktu untuk menghafal, mengulangkaji, belajar, menyimpulkan, mengumpulkan, dan waktu untuk merenung.



Sebuah syair ada berbunyi:

Jadilah seseorang yang kakinya berpihak di tanah namun cita-citanya tinggi di angkasa.


* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*

Friday, March 4, 2011

10 Tips Untuk Meraih Kebahagiaan

1. Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur:
...dan orang-orang yang memohon ampun di waktu sahur. (Ali-'Imran:17)

2. Menyendiri untuk bertafakkur:
... dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi... ( Ali-'Imran: 191)

3. Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh:
dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru
Tuhannya...
(Al-Kahfi:28)



4. Perbanyakkan berzikir:
...berzikirlah kalian (dengan menyebut nama Allah), sebanyak-banyaknya. (Al-Ahzab:41)

5. Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk:
Iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk. (Al-Mu'minun:2)


6. Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya:
Apakah mereka tidak mahu mentadabburi (menghayati isi) Al-Quran... (An-Nisa':82)

7. Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang panas:
Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku. (Al-Hadith)

8. Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi:
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. (Al-Hadith)



9. Meringankan beban seorang muslim yang sedang dalam kesulitan:
Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat. (Al-Hadith)

10. Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud:
Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'la:17)


* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*

Wednesday, March 2, 2011

Renungan Bersama



" Kebahagiaan yang abadi dan sempurna adalah kebahagiaan yang hakiki. Dimaksudkan dengan abadi adalah kebahagiaan itu tetap bertahan mulai dari dunia hingga di akhirat kelak, mulai dari alam ghaib hingga di alam kenyataan, mulai hari ini dan esok. Sedangkan yang dimaksudkan dengan sempurna adalah ketika kebahagiaan itu tidak dirosak oleh kesengsaraan dan tidak dicemari oleh AMARAH "




Seorang ulama pernah berkata bahawa maksud:
"Setiap Saat Dia Berada Dalam AktivitiNya" ialah bahawa Dia mengampuni dosa, melenyapkan kesusahan, mengangkat darjat suatu kaum, dan merendahkan darjat yang lainnya."


"Ketika anda mendapatkan manfaat dari persahabatan dan merasa bahagia dengan persahabatan anda, maka itu adalah kebahagiaan tersendiri buat anda"


" Jalan keluar bagi orang yang ingin bahagia ialah hendaklah ia selalu BERBUAT BAIK dan menjauhi segala keburukan agar dirinya diliputi oleh rasa aman"


Sebab-Sebab Kebahagiaan

Di antara sebab-sebab kebahagian ialah:

1. Amal Soleh
Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik ( An-Nahl:97)

2. Isteri yang solehah
.....Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami)...(AL-Furqan: 97)

3. Rumah yang luas
dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W berdoa," Ya Allah , lapangkanlah rumahku untukku"

4. Penghasilan yang baik (halal)
dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W disebutkan, "Sesungguhnya Allah Maha Baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik"

5. Akhlak yang baik dan saling mencintai sesama manusia:
Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada.... (Maryam: 31)

6. Terhindar dari himpitan hutang dan tidak boros:
.....dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir...(Al-Furqan: 67)
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya....(Al-Isra': 29)

* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*