Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Wednesday, December 23, 2009

PERCAYA untuk BERJAYA



Assalamualaikum


Salam perjuangan kepada semua mahasisiwa dan mahasiswi UMK terutamanya pada rakan jawatankuasa teman dan fan club JT. Selamat menyambut tahun baru 2010 dan selamat menjalani semester baru. Semoga awal tahun baru ini menjadi detik anjakan paradigma kearah yang lebih baik seperti mana Saidina Umar R.A pernah berpesan :


"Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini."


Di gerbang tahun baru ini, marilah kita menekadkan azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan iman dan taqwa, memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam, memperbaiki akhlak serta membina sahsiah diri, agar semua aspek kehidupan kita semakin baik dari semasa ke semasa. Yang pasti setiap daripada kita tidak patut mensia-siakan masa yang ada. Laksanakanlah segala perintah Allah, jauhi segala laranganNya, elakkan daripada melakukan perbuatan mungkar dan maksiat. Kehidupan ini perlulah di teruskan untuk mencipta kejayaan, bukan mencipta kegagalan. Semoga pada tahun baru nanti, kita hidup dengan aman, cemerlang, gemilang dan terbilang samada di dunia dan di akhirat.


Sekali lagi diingatkan, bahawa setiap masa yang kita lalui di dunia ini pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Renungkanlah kata-kata hikmah Imam Hassan Al-Basri yang bermaksud :


"Hai anak cucu Adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan dari hari-harimu, maka setiap kali hari itu berlalu, maka berlalu juga sebahagiannya."


Para Hukama' juga ada berkata :


"Masa itu terbahagi kepada tiga, masa yang telah lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang. Orang yang bijaksana akan menjadikan masa yang telah lalu sebagai kenangan, masa yang sedang dilalui adalah kenyataan dan masa yang akan datang adalah cita-cita."

(An-Nisaa':138-139)


Sebagai tinggal sementara ini saya ingin berkongsi bersama saudara, video yang disalin dan tampal dari rakaman TV3 diatas. Semoga ia akan memberi keyakinan kepada kita untuk berjaya

Sumber: Saifulislam.com

Semoga bermanfaat... (^_~)

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431: Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum warahmatullah...



Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua umat Islam khususnya kepada muslimin dan muslimat warga UMK. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini membawa semangat hijrah ingin perubahan yang lebih baik dalam diri kita semua sepanjang tahun 1431 hijrah dan seterusnya kelak. Dari pihak jawatankuasa teman, kami memohon maaf atas kelemahan kami memainkan peranan dalam organisasi ini, dan kami berharap akan memberi kerjasama yang lebih baik berbanding tahun terdahulu sebagai peneraju pembentukan biah solehah kearah mewujudkan warga UMKyang berkarisma, berkualiti, dan berintegriti.


Seperti tahun-tahun terdahulu sambutan Maal Hijrah disambut pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengajak kita memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w secara terbuka dengan perpindahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah bersama para sahabat r.a serta kaum muhajirin dan membentuk kota Islam pertama iaitu Madinah Al-Munawarrah. Daripada peristiwa hijrah tersebut telah membawa impak yang besar kepada penyebaran agama Islam sehingga ke hari ini.


Namun hijrah dalam konteks Islam bukan sahaja memberi makna sejarah malahan dari aspek rohani hijrah membawa maksud perubahan dari sesuatu perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Antara tujuan kita berhijrah adalah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Sedar atau tidak telah banyak kesilapan dan perkara mungkar yang telah kita lakukan sepanjang tahun-tahun lepas. Dikesempatan ini saya ingin mengajak saudara saudari berfikir sejenak dan bermuhasabah diri apa pengajaran dan kenikmatan yang kita perolehi sepanjang tahun lepas. Justeru itu perkuatkanlah iman kita dengan amal ibadat serta bertaubat dan berazamlah untuk menjadi umat yang terbaik di-sisiNya. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka. Seterusnya berusahalah mengubah diri dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."


Akhir kata, semoga tahun 1431 hijrah ini akan memberikan manfaat kepada kita dalam usaha menanam kebaikan didunia untuk hari akhirat kelak, InsyaAllah. Di samping itu bermohonlah kepada Allah supaya perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, dengan nikmat kurnia-Nya dapat artikel dikongsikan dengan saudara saudari. Di sini saya ingin menceritakan kisah Nabi Ibrahim As. Yang menjadi salah satu aspirasi pejuangan kita ke arah membentuk islam sejati


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha عيد الأضح kepada seluruh muslimin dan muslimat di UMK dan juga seluruh dunia. Perayaan yang bersejarah ini adalah untuk mengenang pengorbanan hebat Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah swt.


Hari Raya Aidiladha ini bermula pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah dalam kalendar Islam, dan digalakkan berkorban sebagai salah satu ibadah yang cukup baik setelah selesai khutbah Aidiladha hinggalah sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah, Moga kita di AidilAdha ini akan sama-sama menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim & Ismail yang menjadi lagenda sepanjang zaman.


Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as ketika peristiwa menyembelih anaknya nabi Ismail as adalah suatu bentuk ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah swt di mana peristiwa ini mereka kaitkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt ini telah dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang sampai ke hari ini dibaca oleh seluruh umat Islam. Firman Allah swt:


“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “ Hai anakku sesungguhnya aku melihat didalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ ia menjawab “Hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipatnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) dikalangan orang-orang yang datang kemudian. (iaitu) : “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman”.


Nilai Sebuah Pengorbanan


Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran darinya. Firman Allah swt:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”


Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt. yang menciptakan dirinya. Semoga momentum kisah korban nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as itu akan dapat memotivasikan kita sebagai umat Islam agar terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik serta tunduk kepada perintah Allah swt.


Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita sebagai masih gagal untuk menghayati erti “pengorbanan” yang mereka raikan setiap tahun apabila tibanya ‘Eid Adha. Bagi muslim yang memiliki jiwa “berkorban” mereka akan senantiasa terpanggil untuk melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah swt samada ianya berbentuk perintah mahupun larangan Allah swt didalam usaha mereka untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun mungkin mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya baik harta mahupun nyawanya untuk Islam. Dia akan memahami bahawa kewujudan mereka di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada perintah Allah swt.:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”


Nasib umat Islam di bumi Palestin, bumi tempat terletaknya masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam dan masjid ke-3 mulianya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kini masih lagi berada di bawah kekuasaan rejim zionis Yahudi laknatullah. Begitu juga nasib umat Islam di bumi Iraq, Afghanistan dan lain-lain kawasan secara keseluruhan masih lagi berada dibawah dominasi kufur secara langsung mahupun tidak langsung.


Bagi mengembalikan kedaulatan Islam dan kaum muslimin, suatu “pengorbanan” dari seluruh dunia umat Islam amat diperlukan. Persoalannya kini adalah: adakah umat Islam hari ini telah bersedia untuk melakukan pengorbanan seiring dengan sambutan hari raya korban yang diraikan diseluruh dunia?


Mahasiswa UMK ”Pejuang inovasi”

”Menyusur Revolusi”

”Menterjemah Aspirasi”



Oleh: Mohd Hafiez bin Yacob

Setiausaha Jawatankuasa Teman UnIPeN 2009/2010


Kuiz Teka Silangkata JT

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah..

Antara program yang berjaya dilaksanakan oleh JT-UnIPeN pada semster pertama 2009/2010 adalah Kuiz Teka Silangkata JT. Kuiz teka silangkata ini merupakan satu program bersiri JT yang diadakan selama 4 bulan iaitu bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober.

Alhamdulillah, sepanjang program berlangsung sambutan dari peserta-peserta amat memuaskan tetapi posmotem telah dibuat bahawa pelaksanaan program kali ini adalah kurang dari segi sambutan dan promosi harus ditambah untuk penambahbaikan program-program JT pada masa akan datang.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksanan sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kuiz Teka Silangkata JT ini. Semoga akan ada kesinambungan kuiz teka silangkata ini pada masa akan datang. Dengan ini dilampirkan beberapa gambar sepanjang program kuiz teka silangkata berlangsung.


Pengarah program kuiz teka silangkata membahagikan hadiah, Saudari Nur Syuhada' Abdullah.


Antara pemenang kuiz teka silangkata.

Monday, October 19, 2009

Kem Kepimpinan Jawatankuasa Teman UNIPEN

Assalamualaikum warahmatullah..

Pertama2 nya saya memohon seribu kemaafan kerana lambat mengupdatekn blog ini. Sebenarnya untuk entry kali ini sy diberi peluang oleh moderator untuk menceritakan serba sedikit berkaitan dgn aktiviti Kem yang telah berjaya dilaksanakn oleh UNIPEN. Sebelum itu eloklah sy menerangkan objektif utama atau dengan kata lain matlamat Kem Kepimpinan ini dilaksanakan dikalangan mahasiswa/mahasiswi UMK..Umum tahu bahawasanya barisan Kepimpinan yang wujud di UMK tidaklah se"mantop" dgn IPTA y lain..barangkali ianya kerana UMK merupakan universiti yang baru mencecah 3 tahun usianya..disebabkan faktor usia barangkali Mahasiswa/Mahasiswi di UMK masih belum yakin untuk menyerlahkan diri sebagai pemimpin yang benar2 boleh memimpin tidak kira dalam apa jua bentuk kepimpinan samada dalam peringkat persatuan2 dan kelab,fakulti dan terutama sekali dalam menggiatkan dakwah islamiah bagi membentuk mahasiswa/wi yang benar2 faham akan tonggak kepimpinan Islam..Secara tuntasnya,kepimpinan dikalangan mahasiswa masakini barangkali hanya dapat digilap atau ditajamkan dgn mengikuti pelbagai kursus atau kem yg dijalankan oleh pihak teratas universiti sahaja.,dari pandangan individu itu sendiri @ suara majoriti mahasiswa mengatakan bahawa kepimpinan dapat diserlahkan sekiranya mereka mengikut apa2 program kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu. Rasanya tak perlu saya ulas secara menyeluruh berkaitan dengan isu kepimpinan..kerana saya percaya semua mahasiswa/wi masih dalam proses "gear 3" untuk menjadi pemimpin yang benar-benar mantap,berkarisma,kaliber,intelektual dan lestari. WallahuAlam..
Seterusnya sedikit gambar-gambar berkaitan aktiviti kem yang telah berjaya dilaksanakan..

Disediakan oleh:
Nurjihada Rashidin,
Naib Setiausaha JT-UnIPeN 2009/2010




















Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik, pejam celik akhirnya kita kembali menjalani bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun 1430. Kesempatan ini JT-UnIPeN ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak keapda semua warga UMK khususnya kepada semua muslimin dan muslimat di dunia amnya. Marilah bersama kita tingkatkan amal ibadat di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Moga pada bulan ini kita mendapat rahmat dan maghfirahNya.

Sabda Rasulullah saw:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Perlu diingat, betulkan juga konsep mentaliti Ramadhan. Ramadhan bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga tetapi untuk menahan diri dari perkara-perkara yang sia-sia yang boleh mendatangkan dosa.

Sabda Rasulullah saw: "Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya ia juga harus tertahan dari perkara lagha dan lucah. Apabila kamu dimaki atau diperbodohkan, berkatalah AKU BERPUASA" (riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)

Dengan ini, saya linkkan dua article daripada penulis favorite, ABUSAIF (Ustaz Hasrizal) bagi menyuntik semangat untuk memperbanyakkan amalan menjelang kedatangan Ramadhan kali ini.

1) Soalnya di mana Ramadhan Kamu?
2) Ramadhan dan Karakter Dakwah

Akhir kata, selamat mengaut keuntungan pahala di bulan Ramadhan al Mubarak. Anda dialu-alukan untuk mengikuti program-program anjutan UnIPeN dan JT-UnIPeN sepanjang Ramadhan ini.

Saturday, July 25, 2009

HILANGKAN KE'BORING'AN ANDA~

Bismillahirrahmanirrahim~
Hmm... sunyi sepi blog JT ni ea? Adakah disebabkan kesibukan kita dengan semester yang baru? atau 'wifi' kat UMK ni belum betul2 stabil? Kita menganggarkan, kehadiran pelajar baru yang meramaikan dan memeriahkan lagi kehidupan kampus blog JT semakin menjadi ada di hati junior, senior mahupun super senior...
Persoalan2 trsebut juga ditujukan buat penulis2 blog (termasuk diri saya sendiri) yg semakin sibuk dengan kerja2 rasmi mahupun tidak rasmi. Kepada pengunjung2, kami mengalukan untuk anda memberi respon pada setiap apa yg disajikan di dalam blog. tak kira la komen, kritikan, pujian mahupun cadangan.. Pastinya pembaca punya banyak idea dan pendapat yg begitu bernas.
Apa- apa pun, sedikit perkongsian, mungkin benda ni dah lama, tapi tak mengapa.. sekadar menghilangkan ke'boring'an anda, dan barangkali boleh menyegarkan mata anda yang mengantuk setelah penat menatap dan meyelami isi kandungan buku2 ilmiah atau tutorial yg begitu banyak..Cuba tengok kat bawah ni..

Friday, June 26, 2009

Pertembungan Sains dan Islam

Assalamualaikum warahmatullah...

Article kali ini adalah petikan email yang diambil dari blog seorang sahabat saya. Moga ada khair dan manfaatnya atas perkongsian ini.

Dalam artikel ini saya ingin menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati

2. Jantung

3. Paru-paru

4. Perut

5. Hempedal

6. Buah pinggang

7. Jantung

8. Buah pinggang

9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.

2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3. Elakkan minuman bergas

4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

6. Makan buah delima

7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.

Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Itulah hakikatnya, kita terlalu banyak mengikuti panduan yang ditetapkan manusia daripada panduan yang telah digariskan dalam Islam. Jadi saya ingin bertanya siapa boleh tolong carikan untuk saya, hujah dan fakta untuk membidas pendoktrinan 'Laughter, the best medicine', kerana Nabi kita pernah berpesan (dalam sabdanya) 'Banyak ketawa, hati mati'..?

Monday, June 22, 2009

Blog JT Yang Hampir Hilang Nyawa

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmmatullah..

Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan blog JT menyepi dari kunjungan ahli-ahli JT, akhirnya ada juga yang memberi respon akan pertukaran template baru blog ini. Terima kasih kerana terus memberi "nyawa" kepada blog ini. Tetapi blog ini akan terus "sakit" jika tidak dii'upload' dengan artikel-artikel menarik untuk tatapan para pembaca yang singgah berteduh sementara. Dan blog ini akan terus menerus "sakit" jika tiada kunjungan dari ahli JT.

Beralamatkan www.jt-unipen.blogspot.com pada awal penubuhannya blog JT adalah sangat aktif, menerima kunjungan dari ahli-ahli JT dan juga sahabat-sahabat ziarah yang lain. Shoutbox yang sangat meriah, pelbagai nama tertera pd shoutbox, yang menariknya blog JT dijadikan sebagai wadah perkongsian pendapat dan ilmu. Alhamdulillah dan penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berusaha menghidupkan blog ini terutama dari segi menguploadkan article dan sebagainya. Jazakallah khairan kathiran. Penulis juga mengalu-alukan segala cadangan, komen dan apa-apa sahaja untuk penambah baikan blog ini.

Perlu diingat kembali bahawa penubuhan blog JT ini seperti juga penubuhan JT-UnIPEN, ada misi yang tersendiri bukan saja-saja untuk mengisi masa atau membuang masa. Yang pasti misinya bertunjangkan ISLAM. Jadi saya ingin menyarankan agar marilah kita kembali MEMBERI melalui blog JT.

"Moga kita semua terus istiqamah dalam MEMBERI."

Al Faqirah Ila Allah,
Wan Afifah Wan Ghazali,
SBS (3rd year)

Sunday, March 29, 2009

Kenapa Kita Beribadat dan Dimana Tahap Kita?

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah , Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”

“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”
Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.
Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat. Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu'alam

Wednesday, March 18, 2009

LAWATAN MAHABBAH KE UIAM






JUMAAT,13 MAC 2009-Jawatankuasa Teman (JT) UNIPEN telah menjayakan satu program ilmiah dan ukhuwah yang melibatkan dua buah IPTA di negara ini. Program Lawatan Mahabbah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini diadakan bertujuan untuk mempelajari struktur pentadbiran salah sebuah kelab terulung di UIAM iaitu Ma'ruf Club (MC) yang sudah bertapak di universiti tersebut selama 6 tahun dan juga untuk memperkaya ilmu dalam bidang agama yang sememangnya menjadi tunggak dalam urusan dakwah demi menegakkan kalimah Ilahi di muka bumi UMK khususnya dan di dunia umumnya. Kedatangan JT disambut dengan ucapan "Ahlan Wasahlan" oleh pihak MC pada pagi tersebut dan sesi taaruf menjadi agenda pertama pada pagi Sayyidul Ayyam itu. Sesi kedua bermula sebaik sahaja selesai Solat Jumaat dengan modul dakwah yang disampaikan oleh salah seorang ketua biro dan disambung oleh timbalan pengerusi MC yang menyediakan santapan rohani berbentuk multimedia pejuang Islam. Kemuncak program ini adalah pada sebelah malamnya di mana sesi tazkirah dan juga soal jawab berlangsung. Kedatangan pihak JT ke UIAM diharap dapat membuahkan manfaat dari sudut ilmu dan pengalaman oleh kerana JT masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam mewujudkan satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai cinta yang hakiki. Setiap hamba yang menjadikan hala tujunya berlandaskan agama Allah dan kalimah syahadah sebagai motto hidupnya adalah merupakan insan yang terpilih di mana mereka ini telah memegang tanggungjawab yang wajib ditunaikan iaitu meluaskan penyampaian dakwah tidak kira di mana jua tapak kaki memijak bumi yang suci ini.

Thursday, March 5, 2009

TAJA SET SELAMATKAN AQIDAH..


Rasanya ana perlu ceritakan hal ni. Penting untuk kita tahu dan ambil peduli, jika anda betul2 sayangkan Islam, pasti anda geleng kepala..

Pada sekitar tahun 70-an, di zaman pemerintahan United Sabah National Organization (USNO), proses pengislaman penduduk Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman giat dijalankan oleh kerajaan negeri dan United Sabah Islamic Association (USIA). Natijahnya Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi negeri Sabah hasil kemasukan ratusan ribu penduduk Sabah.Walaubagaimanapun, proses pengislaman ini tidak disusuli dengan langkah pemurnian aqidah. Hasilnya sebahagian besar dari mereka kembali ke agama asal mereka. Sebahagian yang lain memilih KRISTIAN sebagai agama baru hasil dari dakyah kristianisasi yang hebat di kawasan pedalaman.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, tidak silap ana pada tahun 2001, dianggarkan 70 ribu penduduk Sabah dilaporkan keluar dari agama Islam.Proses kristianisasi ini terus berlangsung tanpa sebarang usaha serius dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat bagi mempertahankan aqidah umat Islam di Sabah yang semakin terhakis. Walaupun usaha-usaha dari beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berterusan, namun kekangan dari segi kewangan dan tenaga kerja menjadi penghalang utama.

Oleh sebab tu, sebaiknya kita tidak membutakan mata dan memekakkan telinga dengan krisis aqidah yang melanda saudara se-Islam kita. Hanya Islam agama Yang Benar.. Selamatkan mereka sebelum murtad.. Makna Hidup untuk Memberi..

Apa yang perlu dibuat?

JOM BERAMAL!!

-satu set sumbangan bernilai RM30 sahaja
-sumbangan ke Akaun CIMB -12180099132527
-maklumkan jumlah sumbangan anda kepada saudara nadir ( 019-8110964 )

SYUKRAN KASIRAN...

( untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut , bolehlah berhubung terus dengan saudara nadir atau rujuk Sila http://nurilhakim.blogspot.com/ )

Sebagai sokongan juga, ana harap sahabat2 boleh mengiklankan Set Aqidah ni kat website and blog sahabat2… Dengan usaha kecil kita ini, ana bermohon Semoga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat kita..

Thursday, January 8, 2009

Wajib Qunut Nazilah Untuk Semua

Assalamualaikum warahmatullah..

Tidak sampai hatiku untuk hidup bergembira sedangkan saudara seIslam di Palestin menderita angkara Zionas laknatullah. Hidup-hidup, hidup-hidup Islam, hancur-hancur, hancur kufar, hancur zionis. Moga laknat Allah berterusan kepada mereka.

Ingatlah ketika mana Nabi Ibrahim dibakar dalam api,ada burung yang kecil mencedok air di mulutnya untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim walaupun secara fizikalnya air yang sedikit itu tidak mungkin memadamkan keseluruhan api yang marak menyala membakar Nabi Allah Ibrahim.Tapi itulah tanggungjawab yang ada pada diri burung itu walaupun hanyalah seekor binatang.
Bagaimana pula sensitiviti kita sebagai saudara seagama setiap hari melihat darah-darah suci tumpah ke bumi?
sama-samalah bersama membantu walaupun jauh dari negara palestin, walau sekadar Qunut Nazilah kerana DOA itu adalah SENJATA umat Islam.

Hulurkan bantuan anda kepada:

AMAN PALESTIN BERHAD
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.