Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan 1429


Selamat menyambut Ramadhan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi UMK dari semua ahli JT-UnIPeN UMK... Maaf dipohon, ukhuwah dijalin.
"Bersama Tingkatkan Amal"

Wednesday, August 27, 2008

Ahlan Wasahlan to All Visitors

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dipanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan segala ruang dan peluang yang diberikanNya dapat juga kami menyiapkan blog Jawatankuasa Teman Unipen (JT-UnIPeN). Antara tujuan penubuhan blog ini adalah untuk memperkenalkan JT-Unipen kepada orang ramai khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Jawatankuasa Teman merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UnIPeN) UMK. Penubuhan JT-UnIPeN ini antara lainnya adalah sebagai tenaga penggerak bersama-sama UnIPeN untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan dan pembangunan sahsiah kepada semua warga UMK khususnya.
Blog ini direka antara lainnya adalah sebagai pengantara kepada semua warga UMK dan pengunjung yang lain untuk melihat serba sedikit perkembangan yang berlaku di sekitar UMK dan juga aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh JT-UnIPeN. Blog ini juga bertujuan untuk menjadi platform bagi mengeratkan ukhuwah di antara mahasiswa/I UMK dengan ahli-ahli JT-UnIPeN. Selain itu, melalui penubuhan blog ini juga diharap dapat memudahkan para mahasiswa dan mahasiswi UMK untuk berkongsi sebarang masalah dan cadangan sama ada berkaitan dengan agama atau sebagainya. Diharapkan dengan penubuhan blog ini dapat menyediakan satu wadah penyampaian dan perkongsian ilmu yang berkesan seterusnya memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian kita semua. Salam ukhuwah dari kami untuk semua..