Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, January 22, 2012

Buruk Sangka...

            Ukhwan Islamiah sgt menyeronokkan......Semangat memperjuangkan Islam yang menjadi agenda utama jemaah kadang-kadang melupakan kita dengan tindakan yang dilakukan..Istilah berburuk sangka merupakan salah satu penyakit hati yang harus kita hindari sbagai pendakwah yang menjunjung agama islam..Jika istilah yang lebih kasar, boleh dikatakan dengan perkataan "Tikam belakang"...bila dihadapan berpelukan menyatakan rasa sayang dihati pada persaudaraan namun kadang-kadang dalam kelalaian dan keghairahan berorganisasi, pasti akan timbul prasaan buruk sgka yang menyebabkan berlakunya seperti peribahasa melayu ialah "ckp2 belakang" yg secara tidak langsung merosakkan jemaah itu sendiri....Jika masalah dalam jemaah berlaku,pastinya terdapat cara yang baik untuk kita selesaikan serta sampaikan ketidakpuasan hati dengan saluran dan cara yang sepatutnya contohnya, berbincang dan bukannya melakukan tindakan  dengan memburukkan individu mahupun jemaah.

             Satu wasiat drpd Sahabat baginda Ali R.A : "Jika kamu menceritakan sesuatu keburukan mengenai saudara kamu dan ia benar, maka anda telah membuka keaibannya dan jika ia salah, anda telah melakukan fitnah".

            Wahai pendakwah sekalian, Apakah yg anda fikirkan? Adakah kita benar2 ikhlas dlm kerja jemaah?? Oleh itu saudaraku, Penulis membawa 1 firman Allah SWT sebagai renungan....... Firman Allah SWT : "Wahai Orang-orang yang beriman, jauhilahbanyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan jgnlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain" ( Al-Hujuraat :12)

             Sekadar tulisan ringkas yg menjadi renungan kita sebagai insan-insan yg diamanahkan oleh Allah SWT untuk terus memartabatkan agama Islam di muka bumi Allah SWT....semoga yg baik dpt kita ambil, yg buruk kita teladani......

 "Biar Islam Jadi Sanjungan, Ilmu Jadi penyuluh Kehidupan"...

No comments: