Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Thursday, April 1, 2010

Sujud Sejadah


1.Apa itu sujud sejadah? same ke dgn sujud tilawah?

sujud tilawah atau sujud sajadah berlaku apabila ketika mana kita membaca ayat yang menyuruh atau menyebut tentang sujud kepada Allah.. apabila sampai ke ayat tersebut.. maka disunatkan sujud.. samaada di dalam solat atau di luar solat.. cth zaman sekolah asrama dulu kan..kalau semasa solat subuh tue.. imam selalu baca surah as-sajadah..(bila dah habis sekolah,dh jarang buat walaupun hafal surah tu...)

dlm surah ni ada part yg bila sampai tanda masjid tu,(dlm resam uthmani biasanya)..kita disunatkan sujud dan ada bacaan khusus yg boleh dibaca..but if tak hafal or tak dpt nk hafal walaupon dh cuba byk kali..cukup sekadar bertasbih..

cth bila sampai ayat ni dlm surah sajadah ayat 15..
إِنَّمَا يُؤۡمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُڪِّرُواْ بِہَا خَرُّواْ سُجَّدً۬ا وَسَبَّحُواْ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ۩ (١٥)

dari Omar bin Al'Ash, RA, bahawa Rasulullah SAW menerangkan kepadanya lima belas "ayat sajadah" yang tersebut di dalam al quran (hadis hasan - riwayat abu daud) - Mustika Hadis, Bab Sujud Tilawah dan Sujud Syukur,226..sila rujuk if ada kemusykilan..

Tempat-tempat(ayat-ayat) disunatkan sujud sajadah dlm Quran

1. QS. Al-A'raf 206
2. QS. Ar-Ra'd 15
3. QS. An-Nahl 50
4. QS. Al-Isra 109
5. QS. Maryam 58
6. QS. Al-Hajj 18
7. QS. Al-Hajj 77
8. QS. Al-Furqan 60
9. QS. An-Naml 26
10. QS. As-Sajdah 15
11. QS. Shaad 24
12. QS. Fushilat 38
13. QS. An-Najm 62
14. QS. Al-Insyiqaaq 21
15. QS Al-Alaq 19

2.Apa bacaan semasa sujud sajadah ni?

Bacaan khusus yg diberikan ialah:
sajjada wajhialillazhi, kholaqohu, wasthouwarohu,wshaqqossam'ahu,wabasthorohu bihaulihi fatabarokallahu ahsanul kholiqeen.

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

if tak dpt nk hafal ayat ni,cukup sekadar kita baca:
sajjada wajhialillah

if tak dpt juga or terlupa..bertasbihlah (Islam tu mudahkan?)

p/s:maaf tak dpt nk bg dlm tulisan arab..ada kekurangan or confuse dgn sebutan,sila tinggalkan comment..tq
2.Hukumnya??

sunat muakkad..sunat yg amat digalakkan..takpe jika tak buat..(maybe tak sedar or nk cepat)..sebaiknya,buat lah ek..

3.Macammana nak buat ek??
~dlm solat:
Cara melakukan sujud sajadah ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, dan membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan ayat sajadah itu telahpun tamat, maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar apabila bangun dari sujud.

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud..tak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib ikot imam sama ada imam itu buat sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal.(sume dah tau kan?)

Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, if imam tu rajin baca surah lain..sujud sajadah sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.
~di luar solat:
Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak(pehe dok?)..maksudnye sujud si pendengar td sah walaupun si Qari tak sujud..(ni juga tunjukkan Islam tu senang..if rasa malas nk baca,dgr je kat laptop..then sampai part yg kena sujud,sujud lah..=)

Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang adalah sama seperti syarat sembahyang (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.(tp jgn lama sgt beza waktu baca/dgr dgn nak sujud)

cth case study:
Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

tak payah berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

Disunatkan bacaan takbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) ketika hendak sujud, dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam.

tak perlu untuk seseorang itu bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. Namun begitu, apabila seseorang itu sedang berdiri, maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam, lalu sujud, duduk, dan salam.

p/s:sebarang kekeliruan,sila tanya ek..or anyone nk mudahkan lg ayat diatas utk difahami,sile tinggalkan comment..tq

4.dalilnya???

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Nabi saw. membaca Alquran, ketika bacaan beliau sampai pada ayat sajadah, beliau sujud dan kami pun ikut sujud, sampai-sampai sebagian di antara kami tidak dapat tempat untuk dahi mereka
(kitab sahih muslim:no 900)

menjawab hal hukum ,ini dalilnye...

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

sekian..sebarang kekurangan n kelemahan amat dikesali..mutassifahunna..

_Islam milik bersama_

p/s:..jgn khususkan ibadah pd hari jumaat semata...istiqamah lah..(mudah nk cakap tp susah nk buat)..pesanan ni jg milik bersama terutama kpd pemilik blog ni..jazakumullah khairon katheera..

PESANAN TAMBAHAN:

Menetapkan amalan atau ibadat secara khusus pada malam Jumaat sahaja, adalah juga merupakan suatu larangan yang terang daripada nabi s.a.w. sebagai mana di dalam hadis baginda : "Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan Qiyam daripada malam-malam yang lain" -Riwayat Imam Muslim.

Qiyam yang dimaksudkan di atas boleh kita ertikan dengan sebarang jenis ibadah, samada ianya solat, berpuasa, berzikir mahupun membaca al-Quran. Ini merupakan larangan yang jelas, dan kita selaku umat Islam dilarang keras mengingkari larangan baginda s.a.w

2 comments:

Wan Nabihah said...

Alhamdulillah..faham..

Anonymous said...

Terima kasih.....ringkas tetapi jelas....