Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Wednesday, April 7, 2010

Warkah Buat Barisan MPP 2010 /2011

Warkah buat barisan MPP 2010/2011
(Kebersamaan dalam perjuangan)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum,

Salam perjuangan terutamanya untuk semua barisan majlis perwakilan pelajar Universiti Malaysia Kelantan 2009/2010. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya membentuk satu barisan baru bagi memimpin semua rakan mahasiswa UMK dalam membangun bersama dan membentuk perubahan bermula dari varsiti, menterjemah aspirasi negara.
InsyAllah...

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh. (AsSoff:4)

Pertamanya, gembira melihat barisan kalian dibawah pimpinan saudara Azfar bin Dol Mat bersatu membentuk satu organisasi usrah(keluarga) bekerjasama antara satu sama lain dibawah satu perjuangan fi sabilillah.. Insya Allah kami dari keluarga Jawatankuasa Teman sentiasa berdoa untuk kalian semua sentiasa bersatu dalam melalui perjuangan kalian dan diharap perjuangan ini tidak hanya terhenti disini semoga dakwah kita berterusan...

Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah( buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya. (AlImran:104)

Semoga dengan peluang yang diberikan Allah s.w.t ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua. Sekadar peringatan bersama, walau apa segala yang kita lakukan adalah kerana Allah s.w.t dengan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w. Oleh itu saya ingin mengajak kalian semua supaya mempersiapkan diri dan bersatu dalam mengerakkan dakwah Islamiyyah ini. Take this opprutunity melalui program kalian untuk menyebarkan dakwah merubah mentaliti masyarakat sekarang yang kian terpesong dan kami dari pihak jawatankuasa teman sentiasa bersedia membantu kalian meneruskan perjuangan kalian membentuk satu ummah varsiti yang berguna kepada masyarakat kemudian hari.

Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya atas pimpinannya. Dan pemimpin manusia juga merupakan pemimpin yang akan ditanya atas kepimpinanya.

Alhamdulillah, ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang di peroleh daripada program pendakwah muda baru-baru ini. Perlu diingatkan menjadi seorang da’ie adalah sesuatu kewajipan bagi kita ummat Rasulullah s.a.w.dan pelbagai dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi sepanjang menyebarkan dakwah Islamiyyah ini. Diingatkan lagi, kepentingan kita berkeluarga adalah saling memperingati antara satu sama lain selain kita sendiri perlu sentiasa bermuhasabah diri atas apa yang kita telah lakukan.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia didalam kerugian
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan
Kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.. (AlAsr).

Justeru itu. Bermula dari sekarang kita seharusnya memperkuatkan jemaah, menguatkan ukhuwah fillah bersama. Akhir sekali ingin dikongsi bersama
Hadis riwayat at-Tirmidzi

Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah diwaktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang.

Semoga perkongsian ini mampu membantu refresh kita bersama tentang perjuangan sebenar untuk memartabatkan Islam.. Insya Allah, untuk renungan bersama kata –kata daripada buya Hamka, ”hujung kepada akal adalah fikir, dan pangkal kepada agama adalah zikir”.

No comments: