Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Thursday, February 4, 2010

Kepentingan Halal

Bismillahirahmanirahim

Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari. Prinsip dan dasar ini amat penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekehkan, justeru tidak dihormati.

Adakalanya kita melihat penghasilan akhir produk sahaja tanpa memikirkan proses simpanan, pengangkutan, perbankan dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar dalam sesuatu proses. Sebaliknya kita seharusnya menitikberatkan prinsip pembelian kita dari perspektif yang luas berkaitan faktor asas yang melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan umat Islam sendiri.

Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya dimanakah kita memperolehi rezeki atau wang tetapi kita akan ditanya kemanakah dibelanjakan harta kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan islam sendiri?

Dalam situasi semasa kini apa yang boleh dilakukan, para pengguna Islam setidak-tidaknya memilih produk yang mempunyai halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan umat Islam. Di Malaysia, masih belum ade akta halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam, malahan sebuah pertubuhan PPIM telah membongakrkan beberapa penyalahgunaan Halal JAKIM. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan harus mengambil penting perkara ini.

Dalam konteks ini, kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Definisi Halal

Halal adalah sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak, setiap muslim wajib melakukan perkara’halal’ dalam setiap perbuatan, perkara dan tingkah laku.

Dalil-dalil Al-Quran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik”

(Al-Maaidah :ayat 88)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”

(Al-Araf :ayat 157)

Firman Allah S.W.Tyang bermaksud :” sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah”

(Al-Baqarah :ayat 173)

No comments: