Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Wednesday, March 18, 2009

LAWATAN MAHABBAH KE UIAM






JUMAAT,13 MAC 2009-Jawatankuasa Teman (JT) UNIPEN telah menjayakan satu program ilmiah dan ukhuwah yang melibatkan dua buah IPTA di negara ini. Program Lawatan Mahabbah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini diadakan bertujuan untuk mempelajari struktur pentadbiran salah sebuah kelab terulung di UIAM iaitu Ma'ruf Club (MC) yang sudah bertapak di universiti tersebut selama 6 tahun dan juga untuk memperkaya ilmu dalam bidang agama yang sememangnya menjadi tunggak dalam urusan dakwah demi menegakkan kalimah Ilahi di muka bumi UMK khususnya dan di dunia umumnya. Kedatangan JT disambut dengan ucapan "Ahlan Wasahlan" oleh pihak MC pada pagi tersebut dan sesi taaruf menjadi agenda pertama pada pagi Sayyidul Ayyam itu. Sesi kedua bermula sebaik sahaja selesai Solat Jumaat dengan modul dakwah yang disampaikan oleh salah seorang ketua biro dan disambung oleh timbalan pengerusi MC yang menyediakan santapan rohani berbentuk multimedia pejuang Islam. Kemuncak program ini adalah pada sebelah malamnya di mana sesi tazkirah dan juga soal jawab berlangsung. Kedatangan pihak JT ke UIAM diharap dapat membuahkan manfaat dari sudut ilmu dan pengalaman oleh kerana JT masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam mewujudkan satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai cinta yang hakiki. Setiap hamba yang menjadikan hala tujunya berlandaskan agama Allah dan kalimah syahadah sebagai motto hidupnya adalah merupakan insan yang terpilih di mana mereka ini telah memegang tanggungjawab yang wajib ditunaikan iaitu meluaskan penyampaian dakwah tidak kira di mana jua tapak kaki memijak bumi yang suci ini.

No comments: