Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Thursday, September 18, 2008

Majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran SPR

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Sekreteriat Pencegahan Rasuah (SPR) kerana telah menjemput Jawatankuasa Teman (JT) dalam membantu menjayakan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim pada hari Jumaat, 12 September 2008. Sesungguhnya program ini adalah program yang julung-julung kalinya disertai pihak JT dalam usaha membangunkan dakwah islamiah di bumi Allah ini. Program ini disinari dengan tazkirah petang oleh pengerusi JT, saudara SAR Mohd. Fadil Abd. Rahman yang menceritakan tentang fadhilat bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang melibatkan JT seterusnya adalah latihan dalam kumpulan (LDK) di mana modul-modul yang sesuai untuk para peserta telah diterapkan. Modul-modul ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh fasilitator-fasilitator daripada pelajar UMK sendiri yang diketuai oleh saudara Muhammad Termizi Hasni sebagai penyelaras. Acara kemuncaknya adalah berbuka puasa beramai-ramai bersama para pelajar, peserta, dan tetamu kehormat daripada rumah anak yatim, SPR dan UMK. Program ini berakhir dengan solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawikh secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Muhammad Arif Din. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang melibatkan diri sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Bersama-sama kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Wassalam.

No comments: