Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Monday, September 1, 2008

Karnival Debat dan Pidato


Pada 29/8/2008 (28 Sya’ban 1429), Jumaat, UMK telah mengadakan Karnival Debat dan Pidato Piala Naib Canselor. JT-UnIPeN telah menghantar wakil untuk pasukan debat iaitu wakil muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, wakil muslimin JT-UNiPeN telah memenangi tempat pertama dan anugerah pendebat terbaik dalah daripada ahli JT-UnIPeN iaitu saudara Muhamad Arif bin Din. Manakala pasukan debat muslimat sekadar mendapat hadiah saguhati. Namun, tahniah juga diucapkan atas atas keberanian dan kesudian untuk mewakili pasukan debat muslimat JT-UnIPeN.

Selain itu, JT-UnIPeN juga diberi kepercayaan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) untuk mengetuai bahagian pameran dan jualan untuk Karnival Debat dan Pidato ini. Dengan ini, JT-UnIPeN mengambil peluang untuk membuka ‘booth’ pameran dan mengadakan jualan. . Terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli JT-UnIPeN (muslimin dan muslimat) yang bertungkus lumus menjadikan pameran dan jualan berjalan lancar. Dalam karnival ini juga, JT-UnIPeN mengambil peluang untuk memperkenalkan penampilan pertama kumpulan nasyid ‘Fauzan’ di UMK yang mana kumpulan nasyid ini adalah di bawah pengendalian lajnah kesenian dan multimedia JT-UnIPeN. Tahniah juga diucapkan kepada kumpulan ‘Fauzan’ atas persembahan yang sangat ‘hidup’ dan membuka minat ramai mahasiswa dan mahasiswi UMK. Tidak lupa juga berbanyak terima kasih kepada penasihat JT-UnIPen, Ustaz Mohd Zain bin Mubarak, atas nasihat, cadangan dan panduan kepada kami untuk menjayakan karnival ini.

Buat semua ahli-ahli JT-UnIPeN, diharap tidak leka dan alpa dengan kejayaan yang dikecapi ini kerana segala perkara baik dan buruk itu adalah ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana hamba-hambanya istiqamah dalam membantu agamaNya. Moga kejayaan ini dapat memberikan satu platform dan perencat kepada JT-UnIPeN untuk lebih aktif lagi. Salam istiqamah diucapkan untuk semua ahli-ahli JT-UnIPeN.



No comments: