Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Thursday, February 4, 2010

Kepentingan Halal

Bismillahirahmanirahim

Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari. Prinsip dan dasar ini amat penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekehkan, justeru tidak dihormati.

Adakalanya kita melihat penghasilan akhir produk sahaja tanpa memikirkan proses simpanan, pengangkutan, perbankan dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar dalam sesuatu proses. Sebaliknya kita seharusnya menitikberatkan prinsip pembelian kita dari perspektif yang luas berkaitan faktor asas yang melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan umat Islam sendiri.

Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya dimanakah kita memperolehi rezeki atau wang tetapi kita akan ditanya kemanakah dibelanjakan harta kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan islam sendiri?

Dalam situasi semasa kini apa yang boleh dilakukan, para pengguna Islam setidak-tidaknya memilih produk yang mempunyai halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan umat Islam. Di Malaysia, masih belum ade akta halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam, malahan sebuah pertubuhan PPIM telah membongakrkan beberapa penyalahgunaan Halal JAKIM. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan harus mengambil penting perkara ini.

Dalam konteks ini, kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Definisi Halal

Halal adalah sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak, setiap muslim wajib melakukan perkara’halal’ dalam setiap perbuatan, perkara dan tingkah laku.

Dalil-dalil Al-Quran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik”

(Al-Maaidah :ayat 88)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”

(Al-Araf :ayat 157)

Firman Allah S.W.Tyang bermaksud :” sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah”

(Al-Baqarah :ayat 173)

Wednesday, December 23, 2009

PERCAYA untuk BERJAYA



Assalamualaikum


Salam perjuangan kepada semua mahasisiwa dan mahasiswi UMK terutamanya pada rakan jawatankuasa teman dan fan club JT. Selamat menyambut tahun baru 2010 dan selamat menjalani semester baru. Semoga awal tahun baru ini menjadi detik anjakan paradigma kearah yang lebih baik seperti mana Saidina Umar R.A pernah berpesan :


"Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini."


Di gerbang tahun baru ini, marilah kita menekadkan azam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan iman dan taqwa, memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam, memperbaiki akhlak serta membina sahsiah diri, agar semua aspek kehidupan kita semakin baik dari semasa ke semasa. Yang pasti setiap daripada kita tidak patut mensia-siakan masa yang ada. Laksanakanlah segala perintah Allah, jauhi segala laranganNya, elakkan daripada melakukan perbuatan mungkar dan maksiat. Kehidupan ini perlulah di teruskan untuk mencipta kejayaan, bukan mencipta kegagalan. Semoga pada tahun baru nanti, kita hidup dengan aman, cemerlang, gemilang dan terbilang samada di dunia dan di akhirat.


Sekali lagi diingatkan, bahawa setiap masa yang kita lalui di dunia ini pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Renungkanlah kata-kata hikmah Imam Hassan Al-Basri yang bermaksud :


"Hai anak cucu Adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan dari hari-harimu, maka setiap kali hari itu berlalu, maka berlalu juga sebahagiannya."


Para Hukama' juga ada berkata :


"Masa itu terbahagi kepada tiga, masa yang telah lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang. Orang yang bijaksana akan menjadikan masa yang telah lalu sebagai kenangan, masa yang sedang dilalui adalah kenyataan dan masa yang akan datang adalah cita-cita."

(An-Nisaa':138-139)


Sebagai tinggal sementara ini saya ingin berkongsi bersama saudara, video yang disalin dan tampal dari rakaman TV3 diatas. Semoga ia akan memberi keyakinan kepada kita untuk berjaya

Sumber: Saifulislam.com

Semoga bermanfaat... (^_~)

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431: Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum warahmatullah...



Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua umat Islam khususnya kepada muslimin dan muslimat warga UMK. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini membawa semangat hijrah ingin perubahan yang lebih baik dalam diri kita semua sepanjang tahun 1431 hijrah dan seterusnya kelak. Dari pihak jawatankuasa teman, kami memohon maaf atas kelemahan kami memainkan peranan dalam organisasi ini, dan kami berharap akan memberi kerjasama yang lebih baik berbanding tahun terdahulu sebagai peneraju pembentukan biah solehah kearah mewujudkan warga UMKyang berkarisma, berkualiti, dan berintegriti.


Seperti tahun-tahun terdahulu sambutan Maal Hijrah disambut pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengajak kita memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w secara terbuka dengan perpindahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah bersama para sahabat r.a serta kaum muhajirin dan membentuk kota Islam pertama iaitu Madinah Al-Munawarrah. Daripada peristiwa hijrah tersebut telah membawa impak yang besar kepada penyebaran agama Islam sehingga ke hari ini.


Namun hijrah dalam konteks Islam bukan sahaja memberi makna sejarah malahan dari aspek rohani hijrah membawa maksud perubahan dari sesuatu perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Antara tujuan kita berhijrah adalah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Sedar atau tidak telah banyak kesilapan dan perkara mungkar yang telah kita lakukan sepanjang tahun-tahun lepas. Dikesempatan ini saya ingin mengajak saudara saudari berfikir sejenak dan bermuhasabah diri apa pengajaran dan kenikmatan yang kita perolehi sepanjang tahun lepas. Justeru itu perkuatkanlah iman kita dengan amal ibadat serta bertaubat dan berazamlah untuk menjadi umat yang terbaik di-sisiNya. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka. Seterusnya berusahalah mengubah diri dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."


Akhir kata, semoga tahun 1431 hijrah ini akan memberikan manfaat kepada kita dalam usaha menanam kebaikan didunia untuk hari akhirat kelak, InsyaAllah. Di samping itu bermohonlah kepada Allah supaya perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, dengan nikmat kurnia-Nya dapat artikel dikongsikan dengan saudara saudari. Di sini saya ingin menceritakan kisah Nabi Ibrahim As. Yang menjadi salah satu aspirasi pejuangan kita ke arah membentuk islam sejati


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha عيد الأضح kepada seluruh muslimin dan muslimat di UMK dan juga seluruh dunia. Perayaan yang bersejarah ini adalah untuk mengenang pengorbanan hebat Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah swt.


Hari Raya Aidiladha ini bermula pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah dalam kalendar Islam, dan digalakkan berkorban sebagai salah satu ibadah yang cukup baik setelah selesai khutbah Aidiladha hinggalah sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah, Moga kita di AidilAdha ini akan sama-sama menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim & Ismail yang menjadi lagenda sepanjang zaman.


Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as ketika peristiwa menyembelih anaknya nabi Ismail as adalah suatu bentuk ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah swt di mana peristiwa ini mereka kaitkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt ini telah dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang sampai ke hari ini dibaca oleh seluruh umat Islam. Firman Allah swt:


“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “ Hai anakku sesungguhnya aku melihat didalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ ia menjawab “Hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipatnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) dikalangan orang-orang yang datang kemudian. (iaitu) : “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman”.


Nilai Sebuah Pengorbanan


Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran darinya. Firman Allah swt:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”


Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt. yang menciptakan dirinya. Semoga momentum kisah korban nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as itu akan dapat memotivasikan kita sebagai umat Islam agar terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik serta tunduk kepada perintah Allah swt.


Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita sebagai masih gagal untuk menghayati erti “pengorbanan” yang mereka raikan setiap tahun apabila tibanya ‘Eid Adha. Bagi muslim yang memiliki jiwa “berkorban” mereka akan senantiasa terpanggil untuk melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah swt samada ianya berbentuk perintah mahupun larangan Allah swt didalam usaha mereka untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun mungkin mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya baik harta mahupun nyawanya untuk Islam. Dia akan memahami bahawa kewujudan mereka di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada perintah Allah swt.:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”


Nasib umat Islam di bumi Palestin, bumi tempat terletaknya masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam dan masjid ke-3 mulianya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kini masih lagi berada di bawah kekuasaan rejim zionis Yahudi laknatullah. Begitu juga nasib umat Islam di bumi Iraq, Afghanistan dan lain-lain kawasan secara keseluruhan masih lagi berada dibawah dominasi kufur secara langsung mahupun tidak langsung.


Bagi mengembalikan kedaulatan Islam dan kaum muslimin, suatu “pengorbanan” dari seluruh dunia umat Islam amat diperlukan. Persoalannya kini adalah: adakah umat Islam hari ini telah bersedia untuk melakukan pengorbanan seiring dengan sambutan hari raya korban yang diraikan diseluruh dunia?


Mahasiswa UMK ”Pejuang inovasi”

”Menyusur Revolusi”

”Menterjemah Aspirasi”



Oleh: Mohd Hafiez bin Yacob

Setiausaha Jawatankuasa Teman UnIPeN 2009/2010


Kuiz Teka Silangkata JT

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah..

Antara program yang berjaya dilaksanakan oleh JT-UnIPeN pada semster pertama 2009/2010 adalah Kuiz Teka Silangkata JT. Kuiz teka silangkata ini merupakan satu program bersiri JT yang diadakan selama 4 bulan iaitu bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober.

Alhamdulillah, sepanjang program berlangsung sambutan dari peserta-peserta amat memuaskan tetapi posmotem telah dibuat bahawa pelaksanaan program kali ini adalah kurang dari segi sambutan dan promosi harus ditambah untuk penambahbaikan program-program JT pada masa akan datang.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksanan sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kuiz Teka Silangkata JT ini. Semoga akan ada kesinambungan kuiz teka silangkata ini pada masa akan datang. Dengan ini dilampirkan beberapa gambar sepanjang program kuiz teka silangkata berlangsung.


Pengarah program kuiz teka silangkata membahagikan hadiah, Saudari Nur Syuhada' Abdullah.


Antara pemenang kuiz teka silangkata.

Monday, October 19, 2009

Kem Kepimpinan Jawatankuasa Teman UNIPEN

Assalamualaikum warahmatullah..

Pertama2 nya saya memohon seribu kemaafan kerana lambat mengupdatekn blog ini. Sebenarnya untuk entry kali ini sy diberi peluang oleh moderator untuk menceritakan serba sedikit berkaitan dgn aktiviti Kem yang telah berjaya dilaksanakn oleh UNIPEN. Sebelum itu eloklah sy menerangkan objektif utama atau dengan kata lain matlamat Kem Kepimpinan ini dilaksanakan dikalangan mahasiswa/mahasiswi UMK..Umum tahu bahawasanya barisan Kepimpinan yang wujud di UMK tidaklah se"mantop" dgn IPTA y lain..barangkali ianya kerana UMK merupakan universiti yang baru mencecah 3 tahun usianya..disebabkan faktor usia barangkali Mahasiswa/Mahasiswi di UMK masih belum yakin untuk menyerlahkan diri sebagai pemimpin yang benar2 boleh memimpin tidak kira dalam apa jua bentuk kepimpinan samada dalam peringkat persatuan2 dan kelab,fakulti dan terutama sekali dalam menggiatkan dakwah islamiah bagi membentuk mahasiswa/wi yang benar2 faham akan tonggak kepimpinan Islam..Secara tuntasnya,kepimpinan dikalangan mahasiswa masakini barangkali hanya dapat digilap atau ditajamkan dgn mengikuti pelbagai kursus atau kem yg dijalankan oleh pihak teratas universiti sahaja.,dari pandangan individu itu sendiri @ suara majoriti mahasiswa mengatakan bahawa kepimpinan dapat diserlahkan sekiranya mereka mengikut apa2 program kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu. Rasanya tak perlu saya ulas secara menyeluruh berkaitan dengan isu kepimpinan..kerana saya percaya semua mahasiswa/wi masih dalam proses "gear 3" untuk menjadi pemimpin yang benar-benar mantap,berkarisma,kaliber,intelektual dan lestari. WallahuAlam..
Seterusnya sedikit gambar-gambar berkaitan aktiviti kem yang telah berjaya dilaksanakan..

Disediakan oleh:
Nurjihada Rashidin,
Naib Setiausaha JT-UnIPeN 2009/2010