Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Saturday, December 27, 2008

SOLEHAH.. episode 6 (Last epiosde)


Menemui saudara Amir, semoga sentiasa di dalam nikmat iman dan islam hendaknya.
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh...

Maha suci Allah yang telah menciptakan rasa cinta di dalam diri setiap insan. Sebagai manusia, kita diturunkan ke atas dunia dengan fitnah ingin dicintai dan mencintai. Bukankah Allah telah berfirman dalam Kitab-Nya:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda- benda yang diingin nafsu, iaitu perempuan dan anak- pinak….” (Ali –Imran: 14)


Namun saudara, kita seharusnya sedar bahawa Islam telah pun meletakkan syarat- syarat yang harus diikuti dalam memenuhi fitrah suci ini. Untuk mengenal seseorang wanita yang ingin dikahwini, Islam telah pun menyediakan jalan meminang kepada pihak lelaki. Islam mengangkat perkara ini di tempat yang amat tinggi dan demikian itu, Allah telah menggariskan panduan untuk kita, demi memastikan hubungan yang dibina adalah suci dan semata- mata untuk mencapai cinta Allah.

Saya faham niat suci saudara. Namun cadangan saudara untuk kita bertemu (berdua- duan jika itu maksud saudara) adalah amat dilarang dalam Islam. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (Al-Isra’: 32)

Niat saudara adalah suci, dan kerana itu, gunakanlah jalan suci yang disyariatkan oleh Islam. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Jika kita ikhlas, Allah pasti membantu kita.

Yang hina,
Solehah


Terkedu aku sejenak membaca surat dari gadis Belanda- Cina ini. Tak ku sangka, Solehah begitu yakin dan teguh pegangannya terhadap perintah Allah s.w.t.

Kerdil diri ini terasa mengenangkan kesilapan yang telah aku lakukan, hanya kerana menurut pujukan syaitan dan nafsu semata- mata.

Wahai Tuhan, ampunilah segala dosaku. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang nyata. Astagfirullah…

No comments: