Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Tuesday, January 24, 2012

Perkenalan Usrah....




USRAH berasal drpd perkataan arab yg bererti keluarga....sifat kasih sayang merupakan tunjang utama dalam asas kekeluargaan..jika berbalik kepada konsep usrah ini...sifat kasih sayang merupakan salah 1 asas yg ingt dipupuk sesama ahli usrah untuk pastikan ukhwah islamiah itu terjaling, sambil kenal mengenali..Usrah merupakan satu wasilah ( medium ) untuk menjadikan kita lebih bagus dari pelbagai sudut samada daripada segi zahir dan juga batinnya. Kita akan lebih dekat dengan pencipta. Kita juga akan merasakan nikmatnya berukhwah kerana kawan ketika senang mudah dicari, kawan ketika susah amat bererti.Kebiasaannya akan dipimpin oleh seseorang yang dikenali sebagai  murabbi ataupun naqib...sebenarnya tidak kisah siapa pun ..usrah kebiasaannya dibuat dalam kelompok bulatan kecil...

Namun berbalik kepada sejarah usrah sewaktu zaman Rasulullah SAW.Usrah pertama diadakan ialah di rumah Arqam bin Abi Arqam bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan menyampaikan dakwah kepada kelompok-kelompok kecil masyarakat Mekah yg terdiri darapada orang miskin yang banyak menerima kedatangan islam...Imam Hassan Al-Banna meletakkan 3 asas usrah iaitu,perkenalan, memahami dan saling membantu....ini adalah peringkat asas dlm usrah kpd ahlinya..

 Di zaman temporari kita ini, usrah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat masyrakat kepada Islam seperti bersukan, dialog,mandi sungai dan pelbagai aktiviti yang mencapai matlamat usrah itu sendiri malah bukan hanya mendengar murabbi yg pimpin usrah berckp semata-mata.

Anda sebenarnya perlu mmbuang pemikiran bahawa usrah itu hanya mendengar naqib ataupun ketua usrah bercakap...sebenarnya TIDAK!! usrah luas konsepnya...memerlukan kreativiti dan inovatif bagi memastikan usrah itu menarik contohnya usrah sambil bersiar-siar.

Banyak manfaat boleh kita perolehi menerusi usrah antaranya disamping tambah ilmu agama,kita juga boleh berbincang sesama ahli mengenai isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman menerusi cerita tetapi yang paling penting adalah tautan hati sesama ahli usrah yang akan melahirkn kemanisan persaudaraan itu sendiri.

Akhir skali, diharap dengan penulisan yang ringkas ini dapat sedikit memberi gambaran kepada rakan-rakan semua tentang usrah walaupun tidak menyeluruh...kenalilah usrah dgn lebih mndalam...Usrah is Osem!!wallahua'lam......

No comments: