Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, March 29, 2009

Kenapa Kita Beribadat dan Dimana Tahap Kita?

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah , Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”

“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”
Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.
Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat. Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu'alam

Wednesday, March 18, 2009

LAWATAN MAHABBAH KE UIAM






JUMAAT,13 MAC 2009-Jawatankuasa Teman (JT) UNIPEN telah menjayakan satu program ilmiah dan ukhuwah yang melibatkan dua buah IPTA di negara ini. Program Lawatan Mahabbah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini diadakan bertujuan untuk mempelajari struktur pentadbiran salah sebuah kelab terulung di UIAM iaitu Ma'ruf Club (MC) yang sudah bertapak di universiti tersebut selama 6 tahun dan juga untuk memperkaya ilmu dalam bidang agama yang sememangnya menjadi tunggak dalam urusan dakwah demi menegakkan kalimah Ilahi di muka bumi UMK khususnya dan di dunia umumnya. Kedatangan JT disambut dengan ucapan "Ahlan Wasahlan" oleh pihak MC pada pagi tersebut dan sesi taaruf menjadi agenda pertama pada pagi Sayyidul Ayyam itu. Sesi kedua bermula sebaik sahaja selesai Solat Jumaat dengan modul dakwah yang disampaikan oleh salah seorang ketua biro dan disambung oleh timbalan pengerusi MC yang menyediakan santapan rohani berbentuk multimedia pejuang Islam. Kemuncak program ini adalah pada sebelah malamnya di mana sesi tazkirah dan juga soal jawab berlangsung. Kedatangan pihak JT ke UIAM diharap dapat membuahkan manfaat dari sudut ilmu dan pengalaman oleh kerana JT masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam mewujudkan satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai cinta yang hakiki. Setiap hamba yang menjadikan hala tujunya berlandaskan agama Allah dan kalimah syahadah sebagai motto hidupnya adalah merupakan insan yang terpilih di mana mereka ini telah memegang tanggungjawab yang wajib ditunaikan iaitu meluaskan penyampaian dakwah tidak kira di mana jua tapak kaki memijak bumi yang suci ini.

Thursday, March 5, 2009

TAJA SET SELAMATKAN AQIDAH..


Rasanya ana perlu ceritakan hal ni. Penting untuk kita tahu dan ambil peduli, jika anda betul2 sayangkan Islam, pasti anda geleng kepala..

Pada sekitar tahun 70-an, di zaman pemerintahan United Sabah National Organization (USNO), proses pengislaman penduduk Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman giat dijalankan oleh kerajaan negeri dan United Sabah Islamic Association (USIA). Natijahnya Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi negeri Sabah hasil kemasukan ratusan ribu penduduk Sabah.Walaubagaimanapun, proses pengislaman ini tidak disusuli dengan langkah pemurnian aqidah. Hasilnya sebahagian besar dari mereka kembali ke agama asal mereka. Sebahagian yang lain memilih KRISTIAN sebagai agama baru hasil dari dakyah kristianisasi yang hebat di kawasan pedalaman.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, tidak silap ana pada tahun 2001, dianggarkan 70 ribu penduduk Sabah dilaporkan keluar dari agama Islam.Proses kristianisasi ini terus berlangsung tanpa sebarang usaha serius dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat bagi mempertahankan aqidah umat Islam di Sabah yang semakin terhakis. Walaupun usaha-usaha dari beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berterusan, namun kekangan dari segi kewangan dan tenaga kerja menjadi penghalang utama.

Oleh sebab tu, sebaiknya kita tidak membutakan mata dan memekakkan telinga dengan krisis aqidah yang melanda saudara se-Islam kita. Hanya Islam agama Yang Benar.. Selamatkan mereka sebelum murtad.. Makna Hidup untuk Memberi..

Apa yang perlu dibuat?

JOM BERAMAL!!

-satu set sumbangan bernilai RM30 sahaja
-sumbangan ke Akaun CIMB -12180099132527
-maklumkan jumlah sumbangan anda kepada saudara nadir ( 019-8110964 )

SYUKRAN KASIRAN...

( untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut , bolehlah berhubung terus dengan saudara nadir atau rujuk Sila http://nurilhakim.blogspot.com/ )

Sebagai sokongan juga, ana harap sahabat2 boleh mengiklankan Set Aqidah ni kat website and blog sahabat2… Dengan usaha kecil kita ini, ana bermohon Semoga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat kita..