Ibnu Hazm dalam kitabnya,
Mudaawatun Nufuus mengatakan bahawa termasuk faedah ilmu adalah menghilangkan keraguan dalam diri manusia dan mengusir kesedihan, kesusahan, dan kecemasan. Ungkapan ini benar adanya, khususnya bagi orang yang mencintai ilmu, menekuninya, mencarinya dan mengamalkannya, dan bagi orang yang benar-benar dapat merasakan manfaat dan faedahnya. Seorang penuntut ilmu sebaiknya membahagi waktunya, iaitu ada waktu untuk menghafal, mengulangkaji, belajar, menyimpulkan, mengumpulkan, dan waktu untuk merenung.
Sebuah syair ada berbunyi:
Jadilah seseorang yang kakinya berpihak di tanah namun cita-citanya tinggi di angkasa.
* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*
No comments:
Post a Comment