Alhamdulillah, dengan nikmat kurnia-Nya dapat artikel dikongsikan dengan saudara saudari. Di sini saya ingin menceritakan kisah Nabi Ibrahim As. Yang menjadi salah satu aspirasi pejuangan kita ke arah membentuk islam sejati
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha عيد الأضح kepada seluruh muslimin dan muslimat di UMK dan juga seluruh dunia. Perayaan yang bersejarah ini adalah untuk mengenang pengorbanan hebat Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah swt.
Hari Raya Aidiladha ini bermula pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah dalam kalendar Islam, dan digalakkan berkorban sebagai salah satu ibadah yang cukup baik setelah selesai khutbah Aidiladha hinggalah sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah, Moga kita di AidilAdha ini akan sama-sama menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim & Ismail yang menjadi lagenda sepanjang zaman.
Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as ketika peristiwa menyembelih anaknya nabi Ismail as adalah suatu bentuk ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah swt di mana peristiwa ini mereka kaitkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt ini telah dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang sampai ke hari ini dibaca oleh seluruh umat Islam. Firman Allah swt:
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “ Hai anakku sesungguhnya aku melihat didalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ ia menjawab “Hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala
Nilai Sebuah Pengorbanan
Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran darinya. Firman Allah swt:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan
Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt. yang menciptakan dirinya. Semoga momentum kisah korban nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as itu akan dapat memotivasikan kita sebagai umat Islam agar terus berusaha untuk menjadi
Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita sebagai masih gagal untuk menghayati erti “pengorbanan” yang mereka raikan setiap tahun apabila tibanya ‘Eid Adha. Bagi muslim yang memiliki jiwa “berkorban” mereka akan senantiasa terpanggil untuk melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah swt samada ianya berbentuk perintah mahupun larangan Allah swt didalam usaha mereka untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun mungkin mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya baik harta mahupun nyawanya untuk Islam. Dia akan memahami bahawa kewujudan mereka di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada perintah Allah swt.:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
Nasib umat Islam di bumi Palestin, bumi tempat terletaknya masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam dan masjid ke-3 mulianya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kini masih lagi berada di bawah kekuasaan rejim zionis Yahudi laknatullah. Begitu juga nasib umat
Bagi mengembalikan kedaulatan Islam dan kaum muslimin, suatu “pengorbanan” dari seluruh dunia umat Islam amat diperlukan. Persoalannya kini adalah: adakah umat Islam hari ini telah bersedia untuk
Mahasiswa UMK ”Pejuang inovasi”
”Menyusur Revolusi”
”Menterjemah Aspirasi”
Oleh: Mohd Hafiez bin Yacob
Setiausaha Jawatankuasa Teman UnIPeN 2009/2010
No comments:
Post a Comment