Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, April 3, 2011

Bersemangatlah dan Jangan Malas

Dalam keadaan menahan sakit kerana ditikam dan darah segar yang masih mengalir deras, Umar bin Al-Khaththab r.a sempat melihat seorang pemuda yang menjuntaikan kainnya hingga menyeret tanah. Umar pun menegurnya: "Wahai anak saudaraku, angkat kainmu kerana itu lebih taqwa di mata Tuhan mu dan lebih bersih untuk pakaianmu."

Yang dilakukan oleh Umar r.a ini termasuk dalam amar ma'ruf yang dilakukan pada saat sakaratul maut.

(iaitu) bagi siapa saja di antara kalian yang bermaksud akan maju (untuk melakukan kebaikan) atau mundur (untuk meninggalkan kebaikan). (Al-Muddatstsir: 37)

Kebahagiaan tidak dapat diraih hanya dengan tidur yang panjang, bersikap bodoh dan meninggalkan nilai-nilai yang tinggi.

Rasulullah S.A.W pernah berdoa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari sifat malas."

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda:

Orang yang cerdik adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan berbuat untuk kehidupan setelah mati, sedang orang yang bodoh ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan banyak berangan-angan yang bukan-bukan kepada Allah.


* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*

Sunday, March 27, 2011

Ceramah Bersempena Munajat Perdana



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

InsyaAllah sempena Munajat Perdana, Unit Islam & Pembangunan Nilai (UnIPeN) akan mengadakan ceramah motivasi sempena Munajat Perdana untuk semester 2/2011. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Penceramah: Y.Bhg.Al-Fadhil Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Tarikh: 31 / 3/2011 (Khamis)


Masa: 7.30-9.00 malam


Tempat: Surau UMK, Taman Bendahara


Anjuran: Unit Islam & Pembangunan Nilai (UnIPeN)

Jabatan Canselori


Thursday, March 24, 2011

Anda Bijak Jauhi Zina


Sekitar Forum Kami Prihatin :"apakah dosaku"
Zina bermula dari...
  • Nazrah (memandang)
  • Ibtisam (senyum)
  • Salam
  • Faqalamun (cakap)
  • Famau'idun (janji)
  • Faliqa'un (jumpa)
:>: bermula dari pandangan, senyuman, lalu salam...lantas berbual-bual dan membuat janji...akhirnya bertemu....:<:

Sahabat kita akan mencerminkan siapa diri kita, oleh itu sebaik-baiknya carilah sahabat yang Mutadayyin (beragama)

6 perkara apabila kita praktikkan, InsyaAllah kita akan terhindar dari Zina:
  1. menundukkan pandangan
  2. menutup aurat
  3. menjaga hijab antara lelaki dan perempuan
  4. tidak duduk berdua-duaan
  5. tidak melunakkan suara apabila bercakap dengan kaum lelaki
  6. tidak menyentuh kaum berlawanan jenis
" Changing the Face, Can Change Nothing..But Facing the Change, Can Change Everything"

Tuesday, March 22, 2011

"Apakah Dosaku" : Forum Kami Prihatin


Forum Kami Prihatin

“Apakah Dosaku”

Tarikh: 24 Mac 2011

Waktu: 8.30-11.00 Malam

Tempat: Dewan TerbukaKeusahawanan Universiti Malaysia Kelantan

Penceramah Jemputan:

· Ustaz Haji Suratemi Bin Mat Yusoff

· Ustaz Saibon Ismail

Anjuran:

Jawatankuasa Teman (Jt), Pembimbing Rakan Siswa (Prs), Kelab Debat & Pidato

Wednesday, March 16, 2011

18 & 19 Mac 2011


Assalamualaikum,

Pada hujung minggu ini akan diadakan Kursus Pra Perkahwinan yang bertempat di DK 11&12. Kepada mereka yang telah mendaftarkan diri, membayar yuran sebanyak Rm 30 dan telah menghadirkan diri ke Seminar Pemahaman Undang-undang Jenayah Syariah dan Kursus Pengurusan Jenazah yang telah berlangsung pada 11 dan 12 Mac 2011 diharap dapat menghadirkan diri pada Kursus Pra Perkahwinan yang bakal dijalankan pada hujung minggu ini, InsyaAllah.


Friday, March 11, 2011

Empat Perkara: Waspadalah

Ada empat perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak:



1. Tidak suka terhadap qadha’ dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.
2. Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat:

…katakanlah : “Hal itu adalah akibat sikap dari kalian…” (Ali-‘Imran:165 )
…semua itu akibat sikap perbuatan kalian… (Asy-Syura: 30 )

3. Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri hati terhadap kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang:

Apakah mereka irihati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah… (An-Nisa’ : 54)
Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka men-dengki.”

4. Berpaling dari peringatan Allah.

…maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Thaha: 24)




* dipetik daripada buku berjudul La Tahzan, Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, terjemahan oleh Noraine Abu*