Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, November 16, 2008

SOLEHAH.. episode 5


Keesokan harinya, awal- awal pagi lagi aku dah keluar rumah. Masa kat Tesco, aku terserempak ngan housemate Solehah, Aiza. Mata aku melilau mencari Solehah. Malang nasib aku, batang hidung Solehah pun aku tak nampak. So, aku pun mintak tolong Aiza aje, untuk pass kan surat tu pada Solehah.

Balik rumah, aku duduk termenung. Kepala makin tak keruan. Ye la, duk memikirkan respon Solehah nanti. Harap- harap dia balas balik surat aku.. Harap- harap dia dapat terima rasa hati aku.. Harap- harap…

Ding Dong!!! Ding Dong!!! Ding Dong!!!

Kacau daun betul… Orang tengah syuok layan blues pun sibuk…

Dengan langkah malas, aku pun turun ke bawah. Sampai aje aku kat depan pintu, mata aku terpandang pada sepucuk surat tak bersampul yang terdampar depa pintu.

Perlahan – lahan aku ambik surat tu... Di muka depan surat tu, terdampar mesej : UNTUK SAUDARA AMIR…

Otak aku diketuk seribu persoalan…

Dengan hati berdebar- debar, aku membuka surat itu...

Tuesday, November 4, 2008

EXAM...


" ya ALLAH ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMU. Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat RasulMU.
Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMU..
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidah tahu tentang ilmuMU..
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMU..
Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMUlah kami akan kembali.."
" ya ALLAH engkau lancarkanlah mata pena kami,
Engkau ilhamkan sesuatu yang tidak kami ketahui,
Engkau kembalikanlah ilmu yang telah kami pelajari tatkala kami memerlukannya,
Kau kurniakanlah ketenangan di hati kami ya ALLAH..
Engkau permudahkanlah urusan kami, urusan duniawi dan ukhrawi kami ya ALLAH. .
Hanya kepadaMU sajalah tempat kami memohon pertolongan
dan kami letakkan rasa kebergantungan.
Kami berserah dan bertawakal hanya kepadaMU ya ALLAH..
Ya Rabbi perkenankanlah doa kami."
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Wednesday, October 29, 2008

Pedoman Hidup...

-ADU DOMBA DAN FITNAH-

Bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

Daripada Sahal bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menyatakan bahawa Rasulullah telah menjanjikan syurga bagi sesiapa yang menjaga lisannya.

Sesungguhnya nilai seseorang itu terletak pada lisannya. Jika baik lisannya maka baiklah nilainya dan begitulah sebaliknya.

Salah satu bentuk kejahatan lisan adalah namimah, iaitu mengadu domba yang berpunca daripada kebencian dan permusuhan. Kita mungkin dapat menjaga lisan daripada mengadu domba tetapi sering kali terpengaruh apabila ada yang memulakannya.

Al-Baghawi menjelaskan bahawa mengadu domba adalah mengutip suatu perkataan dengan tujuan mengadu mengenai seseorang kepada orang lain.

Banyak dalil al-Quran dan sunnah menjelaskan bahawa mengadu domba adalah haram seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang ke sana ke mari menghambur fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 10-11)

Diriwayatkan Hudzaifah hadis yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga bagi al-Qattat (tukang adu domba).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: Fulan telah berkata mengenaimu begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu, maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:

l Tidak membenarkan perkataannya kerana tukang namimah adalah orang fasik

l Mencegahnya daripada perbuatan itu, menasihatinya dan mencela perbuatannya.

l Membencinya kerana Allah SWT, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah SWT. Maka wajib membenci orang yang dibenci Allah SWT.

l Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diceritakan mengenainya oleh pelaku namimah.

l Tidak mencari-cari aib saudaranya kerana namimah yang didengarnya.

l Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah, sedangkan dirinya sendiri melarangnya.

Maknanya, jangan pula ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan, “Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia juga menjadi tukang namimah kerana melakukan perkara yang dilarang.

Tidak semua bentuk berita mengenai perkataan atau perbuatan orang dikatakan namimah. Jika ada unsur kemaslahatan di dalamnya maka apa yang dikhabarkan itu tidak termasuk sebagai namimah.

Contohnya, melaporkan pada pemerintah mengenai orang yang mahu berbuat kerosakan, orang yang mahu melakukan aniaya terhadap orang lain.

An-Nawawi berkata: “Jika ada kepentingan menyampaikan namimah, maka tidak ada halangan menyampaikannya. Misalnya jika ia menyampaikan kepada seseorang bahawa ada orang yang ingin mencelakakan diri atau keluarga atau hartanya.”

Sesungguhnya menyebarkan berita menjadi tercela apabila ia bertujuan merosak. Tetapi apabila tujuannya memberi nasihat, mencari kebenaran dan menjauhi atau mencegah gangguan maka ia dibenarkan.

Akan tetapi ada kalanya sangat sulit untuk membezakan keduanya. Meskipun sudah berhati-hati, ada kala niat dalam hati berubah ketika melakukannya sehingga bagi yang khuatir adalah lebih baik untuk menahan diri daripada menyebarkan berita.

Imam Asy-Syafi’l berkata, "Seseorang selayaknya memikirkan apa yang hendak diucapkannya. Dan hendaklah dia membayangkan akibatnya. Jika tampak baginya bahawa ucapannya akan benar-benar mendatangkan kebaikan tanpa menimbulkan kerosakan serta tidak menjerumuskan ke dalam larangan, maka dia boleh mengucapkannya. Jika sebaliknya, maka lebih baik dia diam."

Oleh itu, berusaha dan bersungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya daripada perkataan yang tidak berguna, apalagi perkataan yang kerananya saudara kita disakiti dan dizalimi. Sesungguhnya, mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.

Semoga Allah SWT selalu melindungi kita daripada kejahatan lisan dan tidak memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang rugi di akhirat kerana lisan yang tidak terjaga.

~Ar-ruhul Jadid~

SOLEHAH..episode 4


Menemui saudari Solehah, semoga saudari sentiasa sihat dan ceria hendaknya.

Mungkin saudari terkejut menerima warkah daripada saya ini, lebih- lebih lagi selepas membaca isi kandungan warkah ini. Walau apa- apa pun yang bermain di fikiran saudari ketika ini, percayalah bahawa warkah ini tidak datang dengan niat yang buruk tetapi dengan hati yang tulus lagi ikhlas.

Semenjak saya mengenali saudari, tidak pernah terlintas di fikiran ini bahawa saudari akan membawa sebegini besar maknanya kepada saya. Namun, diri ini tidak dapat menipu dan menafikan isi hati yang semakin lama semakin melonjak- lonjak untuk diluahkan. Wajah saudari sering bermain- main di fikiran ini. Mungkin perkara ini tampak lucu, tapi saya yakin bahawa ini adalah cinta yang sejati. Dengan demikian itu, saya dengan ikhlas nya ingin meluahkan rasa hati kepada saudari, mengatakan yang saya telah jatuh hati dengan saudari.

Sekiranya saudari memahami perasaan saya, dan juga dapat menerima rasa hati saya kepada saudari, balaslah warkah ini. Sekiranya saudari merasakan diri saya ini bukan pilihan hati saudari, abaikanlah warkah ini. Biarkan ia terbang dibawa masa.

Saya juga berharap kita dapat bertemu di suatu yang ditetapkan, supaya kita dapat berbual- bual untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Sekian, Wassalam…

-Amir-

Tuesday, October 28, 2008

SOLEHAH... episode 3


Dah dekat dua minggu aku macam ni. Buat semua bende serba tak kena. Kusut, resah, gundah... otak aku pun dah tak betul. Muka si Solehah sering aje duk bermain kat tengkorak aku ni. Makin ingin dilupakan, makin kuat lak ingatan aku kat dia...

Dalam banyak- banyak pompuan yang aku kenal, macam mane la aku bleh tertarik dengan si Solehah ni. Mungkin betul agaknye kata pepatah,“Cinta itu buta“...

Aku cuba bukak buku Physio aku, nak study la konon- kononnye. Tapi ntah kenapa, gambar jantung pun aku nampak muka Solehah. Dah angau ke apa aku ni? Ni dah berat ni... kalau aku biarkan aje, tak study aku dibuatnye. Aku kena carik satu jalan penyelesaian. Satu solution untuk memecahkan kebuntuan aku ni...

Pikir punye pikir, akhirnya aku dapat satu jalan yang mungkin akan menyelesaikan segala permainan di minda. Ya! Aku akan meluahkan segala isi hati aku pada Solehah esok. Aku akan bagitau Solehah apa yang aku rasa terhadap dia. Biar dia tahu.. tak kesah la apa respon dia nanti. Yang penting aku mencuba. Mana la tau, dia paham perasaan aku. Harap- harap la dia paham…

Nak antar email, tak tau lak email address dia. So, jalan terakhir… terpaksalah aku gunakan cara tradisional mengorat…SURAT…

Saturday, October 25, 2008

SOLEHAH.. episode 2

Pucuk kepada problemo aku ni adalah berkisarkan kepada sorang pompuan. Solehah namanye. Dia ni sama kuliyah dengan aku. Orangnya baik dan cantik. Maklumlah anak kacukan. Si ayah Belanda dan si Mak pulak Cina. Remix gitu…

Kalau korang nak tau, Solehah ni baru aje menganut agama Islam sebulan yang lepas. Asalnya dia adalah sorang Kristian. Kata orang, masa zaman Kristian dia dulu, si Solehah merupakan sorang kaki Church. Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah akan berikan petunjuk kepada sesiapa yang diingini-Nya. Dan Alhamdulillah, Solehah telah terpilih...

Nama asal Solehah adalah Sara. Dia banyak belajar pasal Islam dari kawan- kawannye di kolej ketika di Malaysia dulu. Dengar- dengarnya, masa subjek Pendidikan Agama Islam diajar, Solehah ni sering turut serta. Hm... Benarlah firman Allah,

“ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya...“

Berbalik kepada permasalahan aku tadi... Aku kenal Solehah sejak dari awal first sem lagi. Ye la, orang Malaysia tak banyak pun. Boleh aje nak hitung ngan jari. Enam orang je dari kalangan batch aku dari Malaysia. Empat Melayu, dan dua orang lagi Cina (termasuk si Solehah) .

Korang mesti tertanya- tanya ... kenapa masalah aku ni baru je timbul... sedangkan aku kenal dia sejak awal first year lagi... Hm.. jawapan aku adalah.. Masa Solehah masih Kristian, aku tak pernah langsung, aku ulang ’tak pernah lagsung’.. tertarik dengan dia. Bukan setakat pikir, pandang pun tak pernah (melainkan secara tak sengaja).

Tapi sejak dia masuk Islam, ntah lah... aku jadi macam kagum dengan dia. Dari ’kagum’ tu lah yamg membawak kepada ’berkenan’ dan ’suka’.. Hm.. Jiwang...
TO BE CONTINUED...