Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Wednesday, December 28, 2011

Penanda Buku JT-UnIPeN


Semperna minggu peperiksaan yang bakal tiba, JT-UnIPeN mengeluarkan penanda buku secara percuma buat semua mahasiswa/i UMK yang tertera doa mengulangkaji pelajaran. Oleh itu, JT-UnIPeN berharap anda semua dapat manfaat penanda buku ini dengan sebaiknya.Walaupun ia suatu benda yang kecil namun asas dalm Islam itu doa sebagai senjata mukmin tidak harus dipandang remeh....Semoga kita diberkati dan diredhoi dengan ilmu yang dipelajari..(* Boleh mendapatkannya menerusi pimpinan JT-UnIPeN)

Tuesday, December 13, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Teman (JT-UnIPeN)

Assalamualaikum...
Makluman untuk semua, InsyaAllah pada 15/12/2011 (Khamis) ini akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Teman (JT-UnIPeN) seperti maklumat dibawah:

Tarikh : 15/12/2011
Tempat: Dewan Kuliah 26 (DK26)
Masa : Selepas Isya' (8.30 Malam)

kepada diwajibkan kepada semua 22 orang pimpinan muslimin dan muslimat.
kehadiran diutamakan kepada semua ahli JT Fan Club (JT FC) dan ahli JT FC yang telah menghadiri kem Kepimpinan JT-UnIPeN, mereka yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa Minggu Penghayatan Islam 2 (MPI 2).

Nota kaki: setiap pic program MPI perlu memberitahu setiap ajk pelaksana untuk menghadirkan diri.
Harap maklum.

Sunday, November 13, 2011

Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2011


MINGGU PENGHAYATAN ISLAM (MPI) PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
TARIKH : 17 NOV - 26 NOV 2011
TEMPAT : UMK, TAMAN BENDAHARA
JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKANNYA..PELBAGAI PROGRAM MENA
RIK MENANTI ANDA~


18 NOVEMBER 2011




Pertandingan Busana Muslimah

Syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua pelajar perempuan UMK.
2. Memiliki ilmu pengetahuan tentang Islam dan isu semasa.
3. Busana yang dipakai haruslah bersesuaian mengikut syarak.
4. Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan,boleh hubungi Nurul Akma (0137295283) atau Nurul Nadiah (0128668364)
5. Daftar sekarang!!Hadiah istimewa menanti anda..Penyertaan terhad untuk 20 orang pertama sahaja....cepat3...!!

Aktifkan Dirimu
Syarat penyertaan:
• Terbuka kepada pelajar perempuan UMK sahaja.
• Anda dikehendaki menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang.
• Dua orang daripada setiap kumpulan akan mewakili satu acara.
• Hadiah lumayan akan diberi kepada 5kumpulan pertama yang berjaya menghabiskan kesemua acara dengan pantas dan mengikut peraturan.
• Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan setiap acara akan dibatalkan penyertaannya.
• Jom cepat2 mendaftar!Hanya terhad kepada 10kumpulan pertama!!!!!
• Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan,boleh hubungi Nurul Akma (0137295283) atau Nurul Nadiah (0128668364)


Forum : " Cantikkah Aku Di MataNya"

Tarikh : 18/11/2011
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Terbuka UMK
Panel Jemputan : Ustazah Lenny Kurniasih & Dr.Hafidzah


19 NOVEMBER 2011


20 NOVEMBER 2011


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat Umum Penyertaan :
1. Terbuka kepada semua pelajar UMK ; lelaki dan perempuan.
2. Persembahan bertemakan nilai-nilai islami dan pembudayaan ilmu.
3. Etika pemakaian hendaklah sopan dan menutup aurat.
4. Persembahan yang disampaikan tiada unsur perkauman,sesitiviti agama lain, mengaibkan individu dan politik.
5. Terbuka kepada 11 penyertaan untuk dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah ;

i. Nasyid / nyanyian
ii. Syarahan/sajak
iii. Montaj/ persembahan video
iv. Pentomin/ Sketsa

5. Tarikh tutup penyertaan 16 November 2011.
6. Penyertaan adalah percuma dan terhad. Hadiah dan sijil disediakan kepada semua
peserta.
7. Draf pesembahan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 18 November 2011.

Syarat-syarat khas pertandingan :~


I. Nasyid/ Nyanyian & Pentomin/ Sketsa
1. Terbuka hanya kepada semua pelajar lelaki UMK
2. Persembahan yang disampaikan membawa unsur penghayatan dan nilai-nilai islami.
3. Nasyid / Nyanyian terbuka kepada individu atau berkumpulan.
4. Jumlah peserta bagi pentomin maximum 10 orang.


II. Syarahan/ sajak Dan Montaj Persembahan video islami
1. Terbuka kepada semua pelajar UMK, lelaki dan perempuan
2. Persembahan yang disampaikan membawa unsur penghayatan dan nilai-nilai islami.
3. Persembahan video / montaj hendaklah daripada ciptaan sendiri.
4. Bagi syarahan/ sajak & montaj / persembahan video islami masa tayangan dihadkan selama 5- 7 minit .

NOTA KAKI: mari beramai-ramai memeriahkan program-program ini!

Monday, October 24, 2011

Kelas Tafaqquh di Surau UMK


Jadual Kelas Tafaqquh di Surau UMK, selepas Maghrib:
  • Ahad: Ustaz Ben - Al-Quran dan tajwid
  • Isnin: Ustaz Shahriman - Hadis Kitab Al-Muntaqab
  • Selasa: Ustaz Lan - khat
  • Rabu: Ustaz Amir - tauhid / aqidah
  • Khamis: Ustaz Din - Feqah

Thursday, October 20, 2011

3 Golongan Doa Tidak Diterima

3 golongan yang tidak diterima doanya oleh Allah:
  • Orang yang makan barang haram
  • Orang yang suka mengumpat
  • Orang yang ada dalam hatinya hasad & dengki
(Abu al-Laits As-Samarqandi)

"Jauhilah hasad dengki kerana hasad itu memakan (pahala) kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar." Riwayat Abu Dawud


Tuesday, October 18, 2011

Iftar Jamai dan Usrah

Assalamuaikum w.b.t
InsyaAllah pada hari Khamis ini, 20 haribulan 10 tahun 2011 akan diadakan iftar jamai dan usrah di Surau UMK untuk semua muslimat seperti makluman di bawah:

Tarikh: 20/10/2011 (Khamis)
Tempat:Surau UMK
Masa: Seawal 6.30 petang, usrah akan diadakan selepas solat Isyak

p/s: mari beramai-ramai memeriahkan bersama