Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pihak UnIPeN akan menganjurkan kursus pra-perkahwinan di UMK
pada awal bulan 3 ini
dengan bersyarat :
1.Mengambil kursus pengurusan jenazah
2.Kursus Enakmen Syariah
sebelum dibenarkan mengambil kursus pra-perkahwinan..
Yuran Kursus adalah termurah di MALAYSIA iaitu RM30 sahaja...berminat???
hubungi Fatin Izyan Hassin @Hafiez Yaacob.
*maklumat lanjut di Facebook: page UNIPEN dan JT Fan Club
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 12, 2011
Majlis Sambutan Maulidurrasul 1432H/2011M
Assalamualaikum warahmatullah...
semua dijemput hadir ke
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H/2011M
tarikh : 14/2/2011
tempat : Surau UMK
masa : 7.30 - 9.30 malam
anjuran : UnIPen
Monday, January 17, 2011
Mencari Ketenangan Jiwa
"Barangsiapa membantu daripada orang-orang mukmin suatu kesukaran dari kesukaran-kesukaran dunia, maka Allah akan menghilangkan daripadanya satu kesukaran daripada kesukaran-kesukaran hari Kiamat.Dan bar
angsiapa menolong seseorang dalam kesusahan, maka Allah menolongnya di dunia dan
akhirat. Dan barangsiapa menutup aib seseorang muslim, maka Allah akan menutup malunya di dunia dan di akhirat.
Dan Allah tetap menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya. Dan barangsiapa melalui perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan ke Syurga. Dan tidaklah berkumpul satu kaum di dalam satu rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) melainkan membaca kitab-kitab suci Allah dan mempelajarinya bersama-sama. Maka atas mereka akan diturunkan ketenangan dan mereka diliputi rahmat serta dikelilingi oleh malaikat. Dan Allah pun menyebut mereka pada orang-orang yang dekat di sisi-Nya. dan barangsiapa yang dilipatkan oleh amalnya, dia tidak akan dicepatkan perhitungannya."
(HR Muslim)
Friday, January 14, 2011
Pengisian Rohani 2
Islam penawar stres
Usaha menangkal stres
Seseorang yang berkeyakinan terhadap Islam dengan teguh memiliki sikap dan keperibadian yang sihat serta pandangan yang sihat dalam kehidupannya akan mampu menepis kehadiran stres dalam dirinya dan keluarganya. Walaupun kadang-kadang stres itu datang juga, namun dapat dihindarinya.
Secara psikologi akibat-akibat stres disebabkan oleh beberapa faktor:
1) ketakutan yang tidak diketahui apa sebabnya dan tidak mampu untuk mengenal, meramal dan mengawasinya.
2) kekurangan segala sesuatu atau orang-orang yang kita sayangi tidak menyenangkan hati kita, serta tidak mampunya kita untuk menutupi kekurangan-kekurangan dan menerima mereka.
3) tidak mampu untuk menempuh masa depan, sehingga dapat menjadi lebih stres jika kita melakukan pandangan terlalu jauh kehadapan.
4) konflik-konflik dalam fikiran, kegagalan untuk menerima realiti.
perkara tersebut terjadi kerana kekurangan kedamaian dari dalaman diri kita, sebab gangguan dalaman yang membawa kepada gangguan-gangguan dalam tingkah laku kita sekaligus berpengaruh pada kesihatan kita.
Mari kita lihat bagaimana Al-Quran menyelesaikan keadaan demikian, kerana kekurangan -kekurangan dalam diri kita itu merupakan cubaan daripada Allah SWT. Firman Allah bermaksud:
" Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa Lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
( Al-Baqarah 155-157)
Jadi dalam Islam tidak mengenal konsep untuk memiliki terhadap barang yang diciptakan oleh Allah SWT. Semuanya hanyalah merupakan pinjaman daripada-Nya. Segala sesuatu milik Allah dan akan kembali kepadanya. Oleh itu jika kita tidak memiliki sesuatu benda, mengapa kita harus berduka cita.
Jika pemahaman terhadap konsep ini telah ada dalam diri setiap umat Islam, maka umat Islam akan sentiasa tenang dan tenteram. Tidak perlu resah dan gelisah lantaran harta benda yang mulai berkurang. Seandainya Allah ingin mencabut semuanya maka dalam sekelip mata harta anda yang ada tersebut akan musnah. Oleh sebab itu tanamkan rasa kesyukuran dan kesabaran dalam diri kita masing-masing agar tidak mengeluh ketika ditimpa cubaan dan tidak terlalu gembira sehingga lupa Allah ketika mendapat limpahan rahmat.
...dipetik dari hasil penulisan Muhammad Isa Selamat; Penawar Jiwa; Psikologi Ketenangan Minda.
Wednesday, January 5, 2011
Pengisian Rohani 1
Di petik dari buku berjudul Penawar Jiwa; Psikologi Ketenangan Minda; Muhammad Isa Selamat...
Jangan Membohongi Diri Sendiri.
mencari-cari kesalahan orang lain itu, merupakan usaha yang dilakukan untuk mengangkat dirinya sendiri di hadapan orang lain.Ia tidak sedar bahawa dengan demikian ia telah membohongi dirinya sendiri kerana tidak sanggup menerima hakikat yang ada pada dirinya.
Firman Allah maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mencaci sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang," Al-Hujarat:12
Pada dasarnya, semua manusia ingin dihargai dan tidak mahu dibenci. Cacian itu hanya membuat jurang pemisah persaudaraan antara sesama manusia, terutamanya sesama umat Islam.
Berbohong dengan diri sendiri beerti menyembunyikan kekurangan diri sendiri.Terimalah segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri sendiri itu sebagai suatu nikmat yang perlu disyukuri. Bukan harus menyalahkan orang lain, jika mendapati berbagai kelemahan dalam diri kita.
Untuk itu, peliharalah diri kita dari sesuatu yang dapat merosakkan iman kita, jangan mencaci maki, dan jangan dendam bila menerima cacian, kerana; "celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela." Al-Humazah:1
Semua orang mempunyai mata tapi jarang menggunakan ketajaman fikiran. Menurut ahli hikmah "buta hati lantaran jahil, lebih berbahaya dari buta mata". Untuk itu jangan menyalahkan orang lain.
~InsyaAllah...akan bersambung...~
Wednesday, December 29, 2010
Mari Beramai-ramai....
Assalamualaikum...salam sejahtera,
InsyaAllah pada esok 30 haribulan 12 tahun 2010 bersamaan 24 Muharam akan diadakan satu majlis untuk memasak bubur asyura..
Oleh yang demikian diharap kepada semua warga UMK dapat turun beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut...
maklumat adalah seperti berikut:
bertempat di: belakang dewan terbuka UMK
masa bermula: 6 pagi-4 ptg
syukran jazilan...
p/s: semua ahli JT dan Jt fan club, bagi yg berkesempatan masa dan berkelapangan diwajibkan hadir...^^
InsyaAllah pada esok 30 haribulan 12 tahun 2010 bersamaan 24 Muharam akan diadakan satu majlis untuk memasak bubur asyura..
Oleh yang demikian diharap kepada semua warga UMK dapat turun beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut...
maklumat adalah seperti berikut:
bertempat di: belakang dewan terbuka UMK
masa bermula: 6 pagi-4 ptg
syukran jazilan...
p/s: semua ahli JT dan Jt fan club, bagi yg berkesempatan masa dan berkelapangan diwajibkan hadir...^^
Subscribe to:
Posts (Atom)