Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Friday, December 24, 2010

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = "
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "
Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "
Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = "
Semua itu benar, tapi yang paling berat adalahMEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = "
Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "
Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


"sampaikanlah walau satu ayat"..

Monday, July 12, 2010

Kempen JOM SOLAT

Assalamualaikum w.b.t

Bermula pada 12 julai 2010 bersamaan dengan 1 syaaban 1431 H, jawatankuasa Teman Universiti Malysia Kelantan (JT-UniPeN) kan mengadakan kempen JOM SOLAT. Oleh yang demikian semua warga Universiti Malaysia Kelantan dialu-alukan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Bersama-samalah kita mengimarahkan surau, moga segala urusan dipermudahkan dan dirahmati Allah..


Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bertanya kepada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"


Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya limakali sehari."

Antara aktiviti yg diadakan

BIL

PERKARA

TARIKH/MASA

1

Bacaan Al-Mathurat

Setiap hari selepas Subuh dan Asar

2

Berbuka Puasa

Setiap hari isnin dan khamis

3

Usrah

Selepas Maghrib hari jumaat dan sabtu

4

Kelas Hafazan

Setiap hari selepas Subuh.

5

Kelas Al-Quran

Selepas Isyak hari Rabu

6

Kelas Tafaqquh

Selepas maghrib hari Isnin, selasa, khamis

7

Bacaan Surah Al-Mulk & Tadarus Al-Quran

Setiap hari selepas Isyak

8

Bacaan Fadilat Amal

Setiap hari selepas Zohor

9

Usrah Muslimah

Setiap Sabtu selepas Subuh

10

Kuliah Bulanan

Minggu keempat setiap bulan

11

Bengkel Imam dan Azan

Setiap hari sabtu bulan Ramadhan

Wednesday, July 7, 2010

...Entrepreneurship Is Our Trust...

USAHAWAN

Allah S.w.t telah berfirman yang bermaksud : Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya. Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. (Surah al-Najm : 39-41)

Trilogi hidup manusia menjadikan ramai yang meletakkan usahawan merupakan golongan penggerak ekonomi yag dilihat sebagai golongan yang kaya, mewah dan mempunyai banyak wang. Kuasa wang memungkinkan perjalanan sebagai usahawan kian rancak, meyakini dengan wang segala-galanya boleh dilakukan, sedang hakikat sebenar tanpa menyedari bahawa usahawan adalah milik ALLAH S.W.T...

Dunia yang kaya dengan hasil bumi diteroka, perut bumi di gali dan diproses menjadi bahan sekunder seperti minyak, gas asli, arang batu dan lain-lain. Malah, hutan juga menjadi sumber penting dalampenghasilan kayu, rotan dan buluh dihasilkan dengan kreativiti sebagai produk yang bermutu tinggi. Malahan sumber semula jadi seperti air dan angin dijadikan penjana kuasa yang menguntungkan...

Usahawan memanipulasi kesemua sumber ini dengan menggunakan tenaga manusia yang sanggup bekerja untuk mereka dengan dibayar upah. Para usahawan juga memperdagangkan segala produk yang terhasil daripada sumber-sumber tersebut untuk menjana keuntungan dan kekayaan...

Hakikat nyata, seharusnya sebagai usahawan patut menyedari dan bersyukur kepada Allah s.w.t atas penyediaan segala macam sumber asli untuk diproses. Allah tidak mengenakan sebarang cukai untuk mengambil haknya sebaliknya hak Allah diberikan secara percuma...

Sebagai pelajar sememangnya perlu untuk menyedari hakikat ini sebelum menempuhnya dalam realiti perjalanan hidup akan datang sekaligus mengajar diri untuk bersedia dalam apa jua yang mendatang membuatkan diri semangat untuk terus berjuang...Dan Allah Maha mengetahui segala.

SIKAP USAHAWAN

Kajian menunjukkan bahawa usahawan adalh seorang yang yakin kepada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri.

Hal ini bersesuaian dengan kata-kata Saiyidina Umar r.a :
"Jangan ada seorang antara kamu yang enggan mencari rezeki dan hanya berkata : 'Ya Allah, berilah rezeki kepadaku' Sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak "

Kekuatan sifat takwa seorang usahawan sering menghasilkan rezeki yang tidak diduga sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"..Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkan)serya memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya..." (Surah al-Talaq : 2-3)

Disebabkan kepercayaan ini, ramai usahawan bertindak dengan cara yang amat individualiustik dan sebahagiannya bergerak cergas dan aktif dengan kadar yang luar biasa.

Tindakan ini melahirkan sikap sanggup menerima terlalu banyak kerja dalam satu masa yang tidak mampu ditanggung oleh orang biasa. Untuk menangani bebanan kerja ini, mereka memerlukan kesabaran yang luar biasa yang tidak mampu dimiliki oleh orang biasa.

seorang usahawan juga terlalu asyik membangunkan reputasinya serta mempunyai sikap super dedikasi kepada sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaannya.

MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Keusahawanan ialah satu bidang kerja yang sangat mulia serta dipandang tinggi dalam Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Lebih baik seorang yang membawa tali, lalu memikul seberkas kayu api, dan menjualnya, lalu dia memperoleh nafkah daripada usahanya dan tidak memerlukan bantuan orang lain daripada meminta-minta daripada orang, sama ada orang tersebut memberikannya atau tidak. kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. Mulakan (sedekah) dengan orang yang bawah tanggunganmu"
(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab zakat)


Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud :
" Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri. Nabi Daud a.s makan daripada hasil usahanya sendiri"
(Riwayat Bukhari)




Selamat menempuh semester baru kepada semua pelajar UMK, juga selamat datang kepada junior baru, moga pengajian kita di universiti keusahawanan ini akan sentiasa di redhai Allah...Tuntut dan carilah sebanyak mungkin ilmu yang Allah anugerahkan. Salam ukhuwah.


...petikan dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang...
to be continue

Friday, July 2, 2010

Ini Pun Dakwah

Jika bertemu maka berilah salam

Ucapan salam adalah langkah pertama memulakan perkenalan. Perkenalan akan makin mantap sekiranya diikuti dengan berjabat tangan disertai dengan wajah yang berseri dan senyuman. Kemudian barulah, perkenalan dilanjutkan dengan lebih detail.Jika tidak kelihatan, maka carilah.Sekiranya orang yang anda kenal sudah lama tidak dilihat dalam tempoh yang tertentu, maka carilah tahu. Samada melalui telefon, sms, FB atau apa-apa cara sekalipun.

Jika sakit, maka jenguklah

Setiap orang akan tiba waktunya merasai kesakitan, kegembiraan atau kesedihan. Sekiranya mendengar sahabat yang dalam keadaan sakit, maka jenguklah. Seeloknya membawa hadiah atau buah tangan.
“Hendaklah kalian saling member hadiah , kerana hadiah itu menjadikan kalian saling mencintai” (HR Malik dalam Al-Muwatha’)
Di tempat sahabat anda, anda akan dapat berkenalan dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Maka semakin banyak kenalan anda.

Jika diundang, maka penuhilah.

Apabila diundang, maka hendaklah dipenuhi. Dengan dipenuhi, maka akan lebih erat ukhuwah antara sahabat-sahabat.

Jika bersin dan mengucapkan “hamdalah” maka jawablah “yarhamukallah”
Apabila duduk di sebelah orang yang belum dikenali, lalu orang itu bersin, maka hendaklah menoleh kepadanya dengan wajah yang berseri-seri sambil mengucapkan “yarhamukallah”. Tentunya hal ini menjadikan titik permulaan kepada perkenalan.

Jika meninggal dunia, maka iringilah

Jika sebelum meninggal, anda dapat mengenal diri peribadi orang yang meninggal dunia, maka sewaktunya meninggal dunia, gunakanlah kesempatan itu untuk menziarahi keluarganya dan ucapkanlah takziah.

***dipetik dari buku "Bagaimana Menyentuh Hati"

Thursday, May 27, 2010

l LIFELINE 4 GAZA l Break The Siege

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Saya kira ramai yang sudah tahu dan ramai yang juga belum tahu tentang konvoi Lifeline4Gaza (LL4G) ini. Dan ramai juga yang tahu tetapi hanya memandang sepi konvoi ini.

“Lets break the siege now, before it’s too late! They need their freedom from the horror of Israeli occupation, they need supports from people like u&me, people next to u, people next to me, to let them have the opportunity to rebuild their lives. But, alot af people still dont know this mission. Help us get the word about LL4G &our initiative out&reaching people all over the nation! Please..Please.. Spread the cause!” –status fb LL4G

Selepas membaca status FB LL4G di atas, saya merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan saranan LL4G untuk menyebarkan kepada orang ramai tentang misi ini. Dan isu Palestin ini bukan hanya tanggungjawab hanya rakyat Palestin, NGO keamanan, saya, kamu tetapi tanggungjawab semua umat Islam. Kerana tanah Palestin itu adalah milik Allah, milik umat Islam, bukan milik Yahudi-Israel.

LL4G merupakan gabungan NGO-NGO di seluruh dunia yang menyokong kebebasan dan keamanan bumi Palestin di mana misinya adalah untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin melalui jalan laut. Iaitu satu-satunya jalan yang tinggal untuk masuk ke Gaza.

LL4G ini dinaungi oleh IHH (Yayasan Keamananan dan Hak Asasi) Turki di mana ia disokong penuh oleh PM Turki, Recep Endorgan.

Ketika ditanya apakah ada perancangan-perancangan lain sekiranya konvoi ini tidak berjaya memasuki Gaza, Presiden IHH, Bulent Yildirim menjawab, “Plan A kita adalah kita akan memasuki Gaza. Plan B kita adalah kita akan memasuki Gaza. Dan Plan C kita adalah kita akan memasuki Gaza”.

Malaysia menghantar seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada wakil2 NGO iaitu Haluan Palestin, JIM, Pace, Muslim Cara, dan Yayasan Amal dan di ketuai oleh Tn Haji Noorazman bin Mohd Samsuddin.

Wakil2 dari Malaysia yang terpilih... Mission to Gaza..!!

Ramai yang menghantar para mujahid

Istimewa, sang isteri yang setia. Antara bangga dan hiba.

Gambar yang paling menyentuh hati, sebak.. Inilah perjuangan.

Konvoi LL4G ini akan membawa 9 buah kapal-kapal konvoi bantuan kemanusiaan. Barangan yang dibawa adalah perlatan binaan, peralatan sekolah dan perubatan, makanan dan sebagainya. Di mana sama sekali tidak membawa senjata.

Konvoi ini disertai oleh 45 buah negara dan dijangka seramai kira2 600 peserta. Peserta konvoi dari serata dunia yang berkumpul di Turki ini telah berlepas ke Antalya dalam masa untuk menunggu sama konvoi kapal dari Greece. Mereka semua dilepaskan dalam satu majlis sambutan yang gilang gemilang dengan ucapan wakil beberapa NGO seluruh dunia. Dan membanggakan NGO dari Malaysia yang mewakili Asia Tenggara diberi penghormatan untuk membuka gelanggang dengan ucapan yang mengegar jiwa.

Wakil dari Malaysia, Tn Hj Noorazman membuka 'gelanggang'

Acara sebelum berlepasnya kapal Mavi marmar

Perkembangan setakat ini, difahamkan bahawa Konvoi yang sepatutnya bertolak pada hari selasa, 25/5 terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang dihadapi oleh kapal daripada Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan.

Perkembangan terbaru, sembilan buah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza akan berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan (jam 10 malam waktu Kuala Lumpur) dari ini, Khamis 27 Mei.

Salam, The convoy will sail to Gaza at 10.00pm (Malaysian time). Please make do'a as the Israeli navy and the Jewish radical groups will be blocking our convoy from entering Gaza' - ketua konvoi LL4G, Tuan Hj. Noorazman Mohd Samsuddin.

Bilangan peserta juga bertambah kepada seramai lebih 750 orang sukarelawan dari lebih 50 buah negara, termasuklah tokoh-tokoh politik dan selebriti.


Gerakan jihad bermula.. Takbir..!!

Meriah, sokongan padu dari orang ramai

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang LL4G dan untuk dapatkan laporan harian berkenaan dengan konvoi ini. Boleh dptkan di sini;

Facebook LL4G

www.lifeline4gaza.org

Palestin kini

Saya mendengar laporan harian peserta konvoi dari Malaysia, yang diberikan oleh Ketua rombongan dari Malaysia Haji Noorazman. Beliau meminta doa, sumbangan dan sokongan semua untuk konvoi jihad kemanusiaan ini. Beliau juga mengatakan bahawa sumbangan untuk konvoi kali ini masih jauh dari target yang disasarkan. Jadi mohon sumbangan semua.

Pelbagai risiko berbahaya kemungkinan boleh berlaku kepada peserta2 konvo ini. Anda boleh baca di sini.

Jadi mohon doa dari sahabat-sahabat semua moga konvoi ini berjaya mencapai matlamat sebagai manifestasi sokongn anda kepada Palestin. Isu Palestin adalah isu akidah, isu ummah, kayu ukur keimanan umat Islam. Mereka tanggungjawab kita.

Let’s break the siege…!! Spread the cause…!!

p/s:
1) Sumber gambar dan info diambil di sini.