Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Sunday, March 7, 2010

Edisi ke 3 Tinta Wardah

Perkongsian bersama :

MUHAMMAD SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Bersama Menghayati peribadi Rasulullah S.A.W

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga pernah memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Saiyidatina Aisyah menceritakan “kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar pada waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?”(Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’ ). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku memukulnya”. “ Au tidak bertanya alasanmu.” Sahut NAbi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya. “Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menngerutup seolah-olah sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saiyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, Aku sihat dan segar.”

"Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimblkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. “Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lali baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabtku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rinda’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh saiyidatina Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba yang bersyukur.”

Edisi ke 2 Tinta Wardah

sedikit sebanyak perjalanan dalam kehidupan akan memberi pengajaran bermakna dalam setiap pembelajaran melalui adanya pemerhatian......

Ulasan untuk tinta wardah kedua :

'Sekitar perkembagan UMK, pilihan raya kampus (PRK) telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancarnya. Tahniah diucapkan kepada calon MPP yang telah diberi kepercayaan oleh seluruh warga UMK untuk meneruskan rantai-rantai perjuangan di Universiti Malaysia Kelantan' -Editor-

Perkongsian bersama :

AIR MATA NABI ADAM

Tahukah kalian semua semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah S.W.T
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "sedap sungguh air ini".

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu"

Ibrah : Pintu taubat Allah S.W.T sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang benar-benar inginkan keampunanNYa. Walau sebesar mana dosa yang kita lakukan, pasti DIA akan mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat. Allah Maha Pengampun dan Dialah Yang Maha Penghapus Dosa...



Jom Amalkan 7M :

1-Musyarakah : yakin bahawa dirinya mempunyai kecantikan tersendiri.
2-Murakabah : menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri.
3-Muhasabah : sentiasa melihat kekuranga diri dan memperbetulkannya.
4-Muakobah : sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.
5-Muqarrabah : sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.
6-Mujahadah : berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.
7-Muarabah : cuba menangkis segala kejahatan yang ada dalam diri.

Wednesday, March 3, 2010

Hadith Minggu Ini

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”

Friday, February 26, 2010

Rasulullah merindui umat akhir zaman



Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirahim

Perkongsian ini sekadar utk memgingat saudara-saudari tentang Rasullullah s.a.w bersempena hari keputeraan beliau 1431 H. Ingin diingatkan disini Rasulullah amat merindui umat beliau pada zaman selepas kewafatan beliau yang beriman dengan beliau. Bagaimana kita hendak membalas rasa rindu orang terhadap kita terutama ornag yg paling dikasihi oleh Allah. Bersempena dengan Maulidur Rasul ini ingin mengajak sahabat semua berselawa kepada Rasulullah s.a.w dan memperingati jasa beliau memyebarkan agama islam…



Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w... ....

Tuesday, February 16, 2010

Usrah....

Dalam kesibukan panjang, Alhamdulillah diberi peluang dalam berkongsi rasa, idea, pendapat dan pandangan yang membuka pemikiran minda....Lantas, Usrah menjadi medan dalam memupuk ukhuwah fillah...Amin

Perkongsian usrah Februari :

HIKMAH SUJUD DALAM SOLAT

Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun penciptaan dan suruhan Allah s.w.t yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika kita bersolat dan sujud spiritual bebentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.wt dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh :
* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
* membetulkan pundi peranakan yang jatuh
* melegakan sakit hernia. (burut)
* mengurangkan sakit senggugut ketika haid
* melegakan paru-paru daripada ketegangan
* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
* meringankan bahagian pelvis
* memberi dorongan supaya mudah tidur
* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari[ada sujud
*pergerakan otott itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
* mengurangkan kegemukan
* pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembalike tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
* mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darh ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari sudut psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari aspek perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

Wallahualam.