JUMAAT,13 MAC 2009-Jawatankuasa Teman (JT) UNIPEN telah menjayakan satu program ilmiah dan ukhuwah yang melibatkan dua buah IPTA di negara ini. Program Lawatan Mahabbah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini diadakan bertujuan untuk mempelajari struktur pentadbiran salah sebuah kelab terulung di UIAM iaitu Ma'ruf Club (MC) yang sudah bertapak di universiti tersebut selama 6 tahun dan juga untuk memperkaya ilmu dalam bidang agama yang sememangnya menjadi tunggak dalam urusan dakwah demi menegakkan kalimah Ilahi di muka bumi UMK khususnya dan di dunia umumnya. Kedatangan JT disambut dengan ucapan "Ahlan Wasahlan" oleh pihak MC pada pagi tersebut dan sesi taaruf menjadi agenda pertama pada pagi Sayyidul Ayyam itu. Sesi kedua bermula sebaik sahaja selesai Solat Jumaat dengan modul dakwah yang disampaikan oleh salah seorang ketua biro dan disambung oleh timbalan pengerusi MC yang menyediakan santapan rohani berbentuk multimedia pejuang Islam. Kemuncak program ini adalah pada sebelah malamnya di mana sesi tazkirah dan juga soal jawab berlangsung. Kedatangan pihak JT ke UIAM diharap dapat membuahkan manfaat dari sudut ilmu dan pengalaman oleh kerana JT masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam mewujudkan satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai cinta yang hakiki. Setiap hamba yang menjadikan hala tujunya berlandaskan agama Allah dan kalimah syahadah sebagai motto hidupnya adalah merupakan insan yang terpilih di mana mereka ini telah memegang tanggungjawab yang wajib ditunaikan iaitu meluaskan penyampaian dakwah tidak kira di mana jua tapak kaki memijak bumi yang suci ini.
Wednesday, March 18, 2009
LAWATAN MAHABBAH KE UIAM

Thursday, March 5, 2009
TAJA SET SELAMATKAN AQIDAH..

Rasanya ana perlu ceritakan hal ni. Penting untuk kita tahu dan ambil peduli, jika anda betul2 sayangkan Islam, pasti anda geleng kepala..
Pada sekitar tahun 70-an, di zaman pemerintahan United Sabah National Organization (USNO), proses pengislaman penduduk Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman giat dijalankan oleh kerajaan negeri dan United Sabah Islamic Association (USIA). Natijahnya Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi negeri Sabah hasil kemasukan ratusan ribu penduduk Sabah.Walaubagaimanapun, proses pengislaman ini tidak disusuli dengan langkah pemurnian aqidah. Hasilnya sebahagian besar dari mereka kembali ke agama asal mereka. Sebahagian yang lain memilih KRISTIAN sebagai agama baru hasil dari dakyah kristianisasi yang hebat di kawasan pedalaman.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, tidak silap ana pada tahun 2001, dianggarkan 70 ribu penduduk Sabah dilaporkan keluar dari agama Islam.Proses kristianisasi ini terus berlangsung tanpa sebarang usaha serius dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat bagi mempertahankan aqidah umat Islam di Sabah yang semakin terhakis. Walaupun usaha-usaha dari beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berterusan, namun kekangan dari segi kewangan dan tenaga kerja menjadi penghalang utama.
Oleh sebab tu, sebaiknya kita tidak membutakan mata dan memekakkan telinga dengan krisis aqidah yang melanda saudara se-Islam kita. Hanya Islam agama Yang Benar.. Selamatkan mereka sebelum murtad.. Makna Hidup untuk Memberi..
Apa yang perlu dibuat?
JOM BERAMAL!!
-sumbangan ke Akaun CIMB -12180099132527
-maklumkan jumlah sumbangan anda kepada saudara nadir ( 019-8110964 )

SYUKRAN KASIRAN...
Sebagai sokongan juga, ana harap sahabat2 boleh mengiklankan Set Aqidah ni kat website and blog sahabat2… Dengan usaha kecil kita ini, ana bermohon Semoga Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat kita..
Thursday, January 8, 2009
Wajib Qunut Nazilah Untuk Semua
Assalamualaikum warahmatullah..
Tidak sampai hatiku untuk hidup bergembira sedangkan saudara seIslam di Palestin menderita angkara Zionas laknatullah. Hidup-hidup, hidup-hidup Islam, hancur-hancur, hancur kufar, hancur zionis. Moga laknat Allah berterusan kepada mereka.
sama-samalah bersama membantu walaupun jauh dari negara palestin, walau sekadar Qunut Nazilah kerana DOA itu adalah SENJATA umat Islam.
Hulurkan bantuan anda kepada:
AMAN PALESTIN BERHAD
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880
Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin
اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
Tidak sampai hatiku untuk hidup bergembira sedangkan saudara seIslam di Palestin menderita angkara Zionas laknatullah. Hidup-hidup, hidup-hidup Islam, hancur-hancur, hancur kufar, hancur zionis. Moga laknat Allah berterusan kepada mereka.
Ingatlah ketika mana Nabi Ibrahim dibakar dalam api,ada burung yang kecil mencedok air di mulutnya untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim walaupun secara fizikalnya air yang sedikit itu tidak mungkin memadamkan keseluruhan api yang marak menyala membakar Nabi Allah Ibrahim.Tapi itulah tanggungjawab yang ada pada diri burung itu walaupun hanyalah seekor binatang.
Bagaimana pula sensitiviti kita sebagai saudara seagama setiap hari melihat darah-darah suci tumpah ke bumi?
Hulurkan bantuan anda kepada:
AMAN PALESTIN BERHAD
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880
Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin
اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Monday, December 29, 2008
Masalah Sesudu Garam...., Cita-cita Selautan Air
Assalamualaikum wbt..
Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini 1 Muharram 1430, bermakna kita telah meninggalkan tahun 1429 dan bebearapa hari lagi kita juga akan memasuki tahun baru 2009. Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru ana ucapkan buat sahabat-sahabat sekalian. Sempena Maal Hijrah ini ana ada satu article yang boleh dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian, article yang di'send' oleh seorang sahabat ana melalui ini. Moga ada khair dan manfaatnya buat diri dan sahabat-sahabt sekalian atas perkongsian ini.
"Sebut saja, tahun baru macam-macam azam dan semangat baru menerjah di fikiran kita. Ada yang berazam tuk tingkatkan pointer, ada yang tak nak tido dalam kelas lagi dah, ada yang nak tambahkan ilmu2 sedia ada, malah macam2 lagi. Kalau sebut semua, memang jenuh nak membacanya. Yang pasti ada azam yang baik dan azam yang buruk. Ada juga yang tak nak buat azam baru kerana azam lama belum lagi terlaksana. Azam barunya nak menyempurnakan azam yang lama. Tidak kisah la yang mana-mana pun, yang pasti Tahun Baru tetap akan datang, mengiringi perjalanan setiap insan.
Dalam menyambut Tahun Baru, kita di ajar berdoa awal dan akhir tahun. Kerana ape?? Sudah pasti kerna inginkan keberkatan dalam menghadapi saat-saat, minit-minit, minggu-minggu, bulan-bulan, tahun-tahun akan datang malah sehingga nafas terakhir kehidupan.. Kita memrlukan `campurtangan' Allah dalam menghadapi sisa hidup yang mendatang. Kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupan itulah yang kita perlukan...
Namun, tidak semua yang berfikiran sedemikian. Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur kerna kita masih sdar kewujudan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Wujudnya sifat IHSAN dalam diri itulah kunci tahap keimanan kita. Kita akn berfikir dua kali untuk melakukan tindakan yang membuahkan dosa, kerna sifat IHSAN dalam diri.
Azam dan cita2 hendaklah seiring. Hendaklah selari dengan kehendak Allah, barulah Allah turut merealisasikan impian kita. Biar azam baru adalah taqwa kepada Allah. Dan apakah azam dan impian terbesar kita?? Sudah tentulah ingin mendapat keredhaan Allah. Yang paling penting kita terus istiqamah dan perlu kepada mujahadah..
Dalam merealisasikan kehendak kita, ujian yang datang pasti menjelma, pasti menimpa. Adakalanya susah dan terlalu berat. Adakalanya senang melalui pandangan mata, tetapi hakikatnya, hanya yang pernah merasainya tahu pahitnya ujian yang menimpa.
Allah uji kita dengan ujian melalui tahap keimanan kita. Allah tak kan beratkan kita apa yang kita tidak mampu. Yang pasti, setiap ujian yang menimpa sebenarnya tuk ajar kita erti ukhuwah, erti perjuangan dan erti kesabaran mungkin. Ingatlah ujian yang menimpa adalah tarbiyah terus dari Allah.
Ana tertarik dengan ulasan seorang sahabat yang berkaitan dengan azam. Sekadar perkongsian:

Betapa besar cita-cita yang nabi tanamkan dalam diri para sabahatnya. Kejayaan menakluki Rom dan Parsi adalah sesuatu yang besar, berkali-kali ganda besarnya daripada memenangi peperangan dengan barisan bersekutu ini. Secara tidak langsung, para sahabat kembali bersemangat menggali parit seperti yang dirancang. Lihat pula kisah bagaimana para sahabat yang disiksa sewaktu awal dakwah Islamiyyah. Selain iman yang teguh, mereka juga ditanam dengan cita-cita yang besar - syurga, maka seksaan-seksaan yang bagi kita sangat perit dan dahsyat, dapat mereka hadapi dengan penuh konsisten.
Laksana segelas air diletak sesudu garam. Setelah dikacau, maka air tersebut masin. Jika sesudu garam itu dikacau pula dalam seteko air, maka kemasinan itu berkurangan. Bagaimana jika sesudu garam dikacau dalam sebaldi? Sekolam? Setasik...? Maka rasa masin itu bagaikan hilang, tidak terasa, walaupun kuantiti sesudu garam itu tetap ada tersebati dalam air.
Begitulah perumpamaan antara masalah dan cita-cita. Garam itu umpana masalah yang menimpa. Air pula berupa cita-cita. Semakin besar cita-cita, masalah yang datang tidak akan membebankan kita. Dan mati syahid adalah cita-cita tertinggi yang perlu kita azamkan dalam kehidupan kita di dunia. Pasti segala masalah menjadi kecil tidak berbekas. Bercita-citalah mahu kembali tertegaknya khilafah Islamiyyah. Bercita-citalah dengan Islam.
Andaikata azam kita hanya setakat mahu berjaya dalam peperiksaan, maka ujian banyaknya program persatuan akan menjadi masalah besar kepada kita. Andainya azam kita setakat mahu menjadi Jurutera, pasti keputusan peperiksaan yang tidak konsistsen mungkin akan menjadi masalah besar bagi kita. Padahal bagi orang yang bercita-cita besar, semua itu bukan masalah, tetapi hanya rempah ratus untuknya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Seandainya kita ditimpa musibah, atau ujian, atau masalah, usahlah meminta dikecilkan ujian tersebut . Tetapi mintalah diperbesarkan iman bagi menghadapi ujian.
Semoga azam baru menjadi pencetus semangat tuk terus merealisasikan impian-impian akan datang..."
Salam ukhuwafillah untuk semua..
Saturday, December 27, 2008
SOLEHAH.. episode 6 (Last epiosde)

Menemui saudara Amir, semoga sentiasa di dalam nikmat iman dan islam hendaknya.
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh...
Maha suci Allah yang telah menciptakan rasa cinta di dalam diri setiap insan. Sebagai manusia, kita diturunkan ke atas dunia dengan fitnah ingin dicintai dan mencintai. Bukankah Allah telah berfirman dalam Kitab-Nya:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda- benda yang diingin nafsu, iaitu perempuan dan anak- pinak….” (Ali –Imran: 14)
Namun saudara, kita seharusnya sedar bahawa Islam telah pun meletakkan syarat- syarat yang harus diikuti dalam memenuhi fitrah suci ini. Untuk mengenal seseorang wanita yang ingin dikahwini, Islam telah pun menyediakan jalan meminang kepada pihak lelaki. Islam mengangkat perkara ini di tempat yang amat tinggi dan demikian itu, Allah telah menggariskan panduan untuk kita, demi memastikan hubungan yang dibina adalah suci dan semata- mata untuk mencapai cinta Allah.
Saya faham niat suci saudara. Namun cadangan saudara untuk kita bertemu (berdua- duan jika itu maksud saudara) adalah amat dilarang dalam Islam. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (Al-Isra’: 32)
Niat saudara adalah suci, dan kerana itu, gunakanlah jalan suci yang disyariatkan oleh Islam. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Jika kita ikhlas, Allah pasti membantu kita.
Yang hina,
Solehah
Terkedu aku sejenak membaca surat dari gadis Belanda- Cina ini. Tak ku sangka, Solehah begitu yakin dan teguh pegangannya terhadap perintah Allah s.w.t.
Kerdil diri ini terasa mengenangkan kesilapan yang telah aku lakukan, hanya kerana menurut pujukan syaitan dan nafsu semata- mata.
Wahai Tuhan, ampunilah segala dosaku. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang nyata. Astagfirullah…
Thursday, December 18, 2008
Jangan Merajuk Wahai Daie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.
Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah. Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.
Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
Begitulah Kisah seorang Nabi
Diuji Allah begitu sekali
Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al-Furqan:56- 57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-‘Imran:139)
Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.
sumber:bahantarbiyy ah.info

Subscribe to:
Posts (Atom)