Seindah… bunga di taman
Sedamai… desa nan permai
Asyiknya suasana hidup bersama Islam
Ayuh mari semua bersatu
membina masa hadapan
Nun di sana cita harapan
Penuh ujian jua cabaran
Demi perjuangan dan pengorbanan
Ayuh kita berganding bahu
Mengatur langkah bekerjasama
Demi menegakkan syari’at yang murni
Bersiaplah wahai sahabat
Jangan terus terleka
Jangan biar musuh melata
Menghancurkan agama
Kita inginkan
Segalanya indah di bawah…
Naungan yang Esa dengan rahmat
dan juga kasih sayang-Nya
mendapat keampunan darinya
Jika kita impikan bahagia
Dakwah penegak wawasan ummah
Seruan mengajak kita…
Ke arah kebaikan
Bersama Islam tercinta
Teguhkan keimanan
Iman taqwa jadi pegangan
Qur’an sunnah jadi ikutan
Kelak hidup terpelihara
Bersama Tuhan yang Esa
Al-Qur’an mukjizat teristimewa
Sunnah menegak wawasan ummah
Janganlah disamakan
Dengan emosi perasaanKelak hidup dalam bahaya
Menuju kemurkaan-Nya







Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah s.w.t dan selawat serta salam kepada junjungan nabi, para sahabat dan tabiin hingga ke hari kiamat. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk menulis sedikit sebanyak dalam blog ini. Bersyukur juga saya kepada Allah kerana dengan adanya kemudahan seperti ini segala maklumat dapat disampaikan dengan begitu mudah. Semoga kemudahan yang ada ini kita manfaatkan sebaiknya untuk dijadikan satu medan dakwah dan saluran maklumat kepada kita semua. Terima kasih tak terhingga kepada semua sahabat JT-UniPeN semoga kita akan terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini ayuhlah kita bersama-sama menghayati dan mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan amalan ibadat kita kerana di dalamnya terdapat banyak kelebihan. Yang mana pada permulaannya mengandungi rahmat, dipertengahannya keampunan dan dipenghujungnya dijanjikan kebebasan dari api neraka.