Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Monday, July 12, 2010

Kempen JOM SOLAT

Assalamualaikum w.b.t

Bermula pada 12 julai 2010 bersamaan dengan 1 syaaban 1431 H, jawatankuasa Teman Universiti Malysia Kelantan (JT-UniPeN) kan mengadakan kempen JOM SOLAT. Oleh yang demikian semua warga Universiti Malaysia Kelantan dialu-alukan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Bersama-samalah kita mengimarahkan surau, moga segala urusan dipermudahkan dan dirahmati Allah..


Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bertanya kepada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"


Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya limakali sehari."

Antara aktiviti yg diadakan

BIL

PERKARA

TARIKH/MASA

1

Bacaan Al-Mathurat

Setiap hari selepas Subuh dan Asar

2

Berbuka Puasa

Setiap hari isnin dan khamis

3

Usrah

Selepas Maghrib hari jumaat dan sabtu

4

Kelas Hafazan

Setiap hari selepas Subuh.

5

Kelas Al-Quran

Selepas Isyak hari Rabu

6

Kelas Tafaqquh

Selepas maghrib hari Isnin, selasa, khamis

7

Bacaan Surah Al-Mulk & Tadarus Al-Quran

Setiap hari selepas Isyak

8

Bacaan Fadilat Amal

Setiap hari selepas Zohor

9

Usrah Muslimah

Setiap Sabtu selepas Subuh

10

Kuliah Bulanan

Minggu keempat setiap bulan

11

Bengkel Imam dan Azan

Setiap hari sabtu bulan Ramadhan

Wednesday, July 7, 2010

...Entrepreneurship Is Our Trust...

USAHAWAN

Allah S.w.t telah berfirman yang bermaksud : Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya. Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. (Surah al-Najm : 39-41)

Trilogi hidup manusia menjadikan ramai yang meletakkan usahawan merupakan golongan penggerak ekonomi yag dilihat sebagai golongan yang kaya, mewah dan mempunyai banyak wang. Kuasa wang memungkinkan perjalanan sebagai usahawan kian rancak, meyakini dengan wang segala-galanya boleh dilakukan, sedang hakikat sebenar tanpa menyedari bahawa usahawan adalah milik ALLAH S.W.T...

Dunia yang kaya dengan hasil bumi diteroka, perut bumi di gali dan diproses menjadi bahan sekunder seperti minyak, gas asli, arang batu dan lain-lain. Malah, hutan juga menjadi sumber penting dalampenghasilan kayu, rotan dan buluh dihasilkan dengan kreativiti sebagai produk yang bermutu tinggi. Malahan sumber semula jadi seperti air dan angin dijadikan penjana kuasa yang menguntungkan...

Usahawan memanipulasi kesemua sumber ini dengan menggunakan tenaga manusia yang sanggup bekerja untuk mereka dengan dibayar upah. Para usahawan juga memperdagangkan segala produk yang terhasil daripada sumber-sumber tersebut untuk menjana keuntungan dan kekayaan...

Hakikat nyata, seharusnya sebagai usahawan patut menyedari dan bersyukur kepada Allah s.w.t atas penyediaan segala macam sumber asli untuk diproses. Allah tidak mengenakan sebarang cukai untuk mengambil haknya sebaliknya hak Allah diberikan secara percuma...

Sebagai pelajar sememangnya perlu untuk menyedari hakikat ini sebelum menempuhnya dalam realiti perjalanan hidup akan datang sekaligus mengajar diri untuk bersedia dalam apa jua yang mendatang membuatkan diri semangat untuk terus berjuang...Dan Allah Maha mengetahui segala.

SIKAP USAHAWAN

Kajian menunjukkan bahawa usahawan adalh seorang yang yakin kepada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri.

Hal ini bersesuaian dengan kata-kata Saiyidina Umar r.a :
"Jangan ada seorang antara kamu yang enggan mencari rezeki dan hanya berkata : 'Ya Allah, berilah rezeki kepadaku' Sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak "

Kekuatan sifat takwa seorang usahawan sering menghasilkan rezeki yang tidak diduga sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"..Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkan)serya memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya..." (Surah al-Talaq : 2-3)

Disebabkan kepercayaan ini, ramai usahawan bertindak dengan cara yang amat individualiustik dan sebahagiannya bergerak cergas dan aktif dengan kadar yang luar biasa.

Tindakan ini melahirkan sikap sanggup menerima terlalu banyak kerja dalam satu masa yang tidak mampu ditanggung oleh orang biasa. Untuk menangani bebanan kerja ini, mereka memerlukan kesabaran yang luar biasa yang tidak mampu dimiliki oleh orang biasa.

seorang usahawan juga terlalu asyik membangunkan reputasinya serta mempunyai sikap super dedikasi kepada sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaannya.

MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Keusahawanan ialah satu bidang kerja yang sangat mulia serta dipandang tinggi dalam Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Lebih baik seorang yang membawa tali, lalu memikul seberkas kayu api, dan menjualnya, lalu dia memperoleh nafkah daripada usahanya dan tidak memerlukan bantuan orang lain daripada meminta-minta daripada orang, sama ada orang tersebut memberikannya atau tidak. kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. Mulakan (sedekah) dengan orang yang bawah tanggunganmu"
(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab zakat)


Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud :
" Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri. Nabi Daud a.s makan daripada hasil usahanya sendiri"
(Riwayat Bukhari)




Selamat menempuh semester baru kepada semua pelajar UMK, juga selamat datang kepada junior baru, moga pengajian kita di universiti keusahawanan ini akan sentiasa di redhai Allah...Tuntut dan carilah sebanyak mungkin ilmu yang Allah anugerahkan. Salam ukhuwah.


...petikan dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang...
to be continue

Friday, July 2, 2010

Ini Pun Dakwah

Jika bertemu maka berilah salam

Ucapan salam adalah langkah pertama memulakan perkenalan. Perkenalan akan makin mantap sekiranya diikuti dengan berjabat tangan disertai dengan wajah yang berseri dan senyuman. Kemudian barulah, perkenalan dilanjutkan dengan lebih detail.Jika tidak kelihatan, maka carilah.Sekiranya orang yang anda kenal sudah lama tidak dilihat dalam tempoh yang tertentu, maka carilah tahu. Samada melalui telefon, sms, FB atau apa-apa cara sekalipun.

Jika sakit, maka jenguklah

Setiap orang akan tiba waktunya merasai kesakitan, kegembiraan atau kesedihan. Sekiranya mendengar sahabat yang dalam keadaan sakit, maka jenguklah. Seeloknya membawa hadiah atau buah tangan.
“Hendaklah kalian saling member hadiah , kerana hadiah itu menjadikan kalian saling mencintai” (HR Malik dalam Al-Muwatha’)
Di tempat sahabat anda, anda akan dapat berkenalan dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Maka semakin banyak kenalan anda.

Jika diundang, maka penuhilah.

Apabila diundang, maka hendaklah dipenuhi. Dengan dipenuhi, maka akan lebih erat ukhuwah antara sahabat-sahabat.

Jika bersin dan mengucapkan “hamdalah” maka jawablah “yarhamukallah”
Apabila duduk di sebelah orang yang belum dikenali, lalu orang itu bersin, maka hendaklah menoleh kepadanya dengan wajah yang berseri-seri sambil mengucapkan “yarhamukallah”. Tentunya hal ini menjadikan titik permulaan kepada perkenalan.

Jika meninggal dunia, maka iringilah

Jika sebelum meninggal, anda dapat mengenal diri peribadi orang yang meninggal dunia, maka sewaktunya meninggal dunia, gunakanlah kesempatan itu untuk menziarahi keluarganya dan ucapkanlah takziah.

***dipetik dari buku "Bagaimana Menyentuh Hati"